Wednesday, December 23, 2009

Dah tak lama dah,,,,,

Salam + Ahnyeong^^,,

Entry post erah ne kira last la berada di rumah,,Sebab tak lama lagi erah akan berada di tempat lain,,huhu,,

Dah dirisik dan erah dah terimanya,,Alhamdulillah,,Terima kasih awak!,,Sebab awak sentiasa buat saya happy dan saya minta maaf sebab tak kenalkan awak pada kawan-kawan saya,,Mungkin ada seorang dua,tapi untuk ramai tu,tak ada,,
Maaf ea??

At certain time tu,erah memang sedih sangat-sangat tapi dalam masa yang sama,erah happy sangat-sangat,,Yang happy itulah yang melarikan kesedihan erah,,Yang happy tu berganda pulak happy nya bila adanya 'orang tu',,Erah bersyukur sangat sebab adanya awak,,Entahlah,saya geli hati pun ada,and even selalu soalan ne bermain di kepala saya,
"Kenapa awak pilih saya??"

Hurm,mungkin sebab saya tak perasan awak kat situ and mungkin sebab awak sengaja buat tak tahu,,huhu,,Kalaulah awak baca ne,hurm,tak tahulah saya,,
hehe,,

Erah pun minta maaf banyak-banyak sekali lagi buat kawan-kawan kat UDM,,Erah ada sebab tersendiri untuk tidak memberitahu kat mana erah berada after erah keluar ne,,Ramai yang tanya,,
"Bila daftar kat UiTM??"
Itu erah boleh jawab lagi tapi kalau dah meleret sampai,,
"UiTM mana?"
Erah boleh katakan kat sini,,Ya,erah keluar dari UDM dan masuk universiti lain,,Siapa-siapa je boleh teka kat mana erah berada sebab erah bukan malas nak beritahu tapi bila seorang tahu,berita tu akan sampai pada orang yang erah tak nak tahu langsung!So,buat yang terasa kecil hati sangat dengan erah sebab erah tak beritahu tu,mintak maaf banyak-banyak,,
I've got my own reason,,

Dan sesiapa sahaja yang tanya pasal erah,erah boleh katakan yang erah keluar dari UDM bukan sebab pointer,bukan sebab sesiapa tetapi sebab erah ada alasan tersendiri,,Terpulanglah pada yang meneka dan mengata,,Erah akan daftar pada 27 ne sama macam orang lain yang akan masuk semula U nanti,,UiTM ke,Open U ke,KLMU ke,itu erah serah pada orang yang meneka,,
MAAF YANG AMAT!

Rasa Cuak Membuak-buak!

Salam + Ahnyeong
^_______^

Hari ini dah masuk hari keberapa dah setelah result dari UDM belum dipaparkan lagi,,Semua member-member erah dari pelbagai universiti inform yang diorang dah dapat result mereka even paling awal dapat 2-3 weeks after exam,,Gile ar!!,,

UDM punya result bila pulak mahu dikeluarkan??Geram pun ada,rileks pun ada,,
hehehe,,
:P

Bukan apa,ramai student yang akan open portal nanti,,Dan dalam gamat tu jugaklah nak settle down benda-benda lain seperti bayar yuran dan sebagainya,,

Takut-takut nanti jadi balik macam dulu,server down je,,
Erah tak nak lah cakap lebih-lebih sebab nanti ada yang cakap erah ne memandai je and mentang-mentang lah dah keluar,ada hati nak cakap pasal UDM lagi,,

Tak kisahlah,,Yang pasti hanya family,erah dan diri erah yang tahu apa sebenarnya yang berlaku,,
^____________^

Saman yang membawa kesedihan,,

Salam + Ahnyeong
^_____^

Hari ne erah nak bercerita suatu kisah yang menakjubkan,,hua3,,Namanya memang sesuai sangat dengan tajuknya yang agak 'mencapab' dan teruja,,

Hari ini erah dan eja (my lil sis) keluar pergi bandaraya jalan-jalan,,Bukan setakat jalan-jalan je malah b'shopping mata dan untuk kekenyangan perut sekali,,kui3,,
^O^,,

Actually today's story menyedihkan erah dan sadly yang erah tak sampai hati nak tulis dalam diari simpanan erah,,At 10 a.m. tadi erah dan eja pergi ke Bandaraya untuk selesaikan somehting,,Dalam masa yang sama,ramai pulak orang duk berkerumun di sekeliling bandaraya Terengganu ne,,Al-maklumlah,musim public holiday yang dah menuju endingnya tak lama lagi,,

Kitorang nak pergi ke Pejabat Yayasan Terengganu untuk menyelesaikan something,,Punyalah susah nak mencari parking kereta kelisa erah ne,,Dari Jalan Sultan Ismail tu,erah parking lah kat Jalan Tok Lam,,Jauh pun,jauhlah,,Asalkan ada parking,,Erah suruh eja masukkan coin dalam mesin parking kereta tu,,Then,erah suruh eja cuma masukkan 2o cent je,,Ingatkanlah nak cepat,,Eja pulak dengan lurusnya,masuk 20 cent tu jela,,

Nak dijadikan cerita,kat pejabat YT tu erah menangis sebab bukan kerana erah tak dapat duit,tapi erah sedih sebab rupa-rupanya Papa dah pernah buat benda yang sama kat erah masa erah masuk UDM dulu,,Dia yang settle semuanya dan honestly erah tak tahu pun apa yang papa buat sampailah dapat tahu info tu tadi,,Memang menangis bagai nak rak jugaklah,,Eja tengok je,nak buat macam mana,dia adik,tak tahu nak buat apa,,

Erah kawal jugak sampailah ke kereta balik,tengok-tengok ada pulak saman dari pihak Bandaraya! Erah langsung tak terkejut masa tu,,Erah terus ambil telefon erah and nak call someone,,Dalam hati erah masa tu duk bunyilah,,
"Papa kan ada,mesti dia tahu nak handle macam mana,,"

Sedar-sedar balik,SUBHANALLAH! MASYA-ALLAH! Papa kan dah tak ada,,Keluar lagilah airmata erah ne,,Erah suruh eja call mama,inform pasal tu,,Erah sampai tak boleh nak cakap apa-apa,,And eja pulak,dengan lurusnya beritahu benda lain,,Erah marah dia masa tu,,Hanya Tuhan yang tahu macam mana perasaan erah masa tu,,Sedih tak terhingga,,2 kali sedih sebab papa,,

Ya,memang kalau arwah papa masih hidup,papa akan buat semuanya,,Even borang or bills,dia yang uruskan,,Kalau pasal anak-anak,semua papa uruskan,,Anak-anak dia cuma sign je kat tempat yang dia tanda untuk anak-anak yang punya,,Kadang-kadang kalau masalah se'simple'
"Kat mana Jalan 'X' ne pa?"
"Berapa agaknya kena bayar nanti pa?"
"Kalau bawak kereta tu jauh berapa kilo (km)?"
"Pa,yang 'X' ne maksud dia apa?"
or even
"Pa boleh tolong beli topup dop?"

Semua benda yang sekecil tu,kami adik-beradik gantung sangat-sangat kat arwah papa,,Semua yang bagi orang simple,yang itulah dia buat,,And yang buat erah lagi sedih dan menangisnya bila papa tak pernah ungkit satu pun kebaikan yang dia buat,,Dia rasakan dia perlu buat sebab dia ketua keluarga dan semua perkara dan masalah keluarga,semuanya bergantung pada dia,,

That's why bila papa dah gone,kami sekeluarga dah lost 1 of the most perfect golden man in our big family,,Even anak-beranak sebelah mama pun respect gila kat dia yang tak pentingkan langsung harta keduniaan,,Erah suka cara papa yang nampak smart and fashionable with his odour look and personality on his outside and reality kat rumah,dialah yang selalu suruh kami satu family pergi solat bila masuk waktu je,,Dan dialah orang pertama yang selalu sampai ke surau di rumah and dialah orang yang mengingatkan kami tentang agama@akhirat sana,,

Siapa tak sedih bila in reality,dia yang disayangi dah tiada??Arwah papa memang buat erah terkenang-kenang sentiasa,,Mana taknya,anak paling last yang dapat tatap wajah dia before dia tiada,,Anak paling last bersamanya di saat memori bahagianya,,Erah memang rasa takut,sedih dan macam-macam perasaan bercampur tapi erah terima takdir kehilangannya cuma terkilan bak kata mama sendiri,,
"Kalau papa sakit masa di hujung nyawanya dan mama jaganya cuma semalaman dah cukup,,mama rasa boleh terima sikit,tapi papa tak ada sakit langsung,,Tak ada pun dia tunjuk yang dia sakit mana-mana,,"

Erah sedih sebab inilah,,Sebab terkilan je,,Papa siap plannning for future and for the sake of his family,,And dia even plan nak jaga mama masa sakitnya,nak pergi umrahnya,,Mana tak sedih dengan kehilangannya??

Apa-apa pun,hari ini erah rasa erah dah rasa yang amat sedihnya sebab papa,,All things that papa did to me is miraculously great,,And erah nak mintak maaf kat eja sebab erah banyak tengking dia today,,Forgive me sis!
T___________T

Saturday, December 19, 2009

Been Emo for 2 times S............


Salam + Ahnyeong,,

Hari ne erah tak berapa nak ada mood untuk memulakan kata-kata,,Susah nak cakap perkara yang dah terjadi pada kita bila benda tu amat sedih untuk diluahkan,,

Sedih + Sakit hati,,

Dua-dua mood ne ada pada erah sekarang,,Dalam tangisan ne erah cuba tahan,,Erah sedih bukan disebabkan ingatan pada arwah papa,dan bukan kata erah tak sedih bila lost papa,tapi yang membuatkan hati erah jadi sedih sebab mama,,Mama makin sedey ari ne dengan mood yang tak berapa baek jugak,,Kesihatan mama makin terganggu sejak dua menjak ne,,Tambah pulak dengan kursus dan mesyuarat sama ada di dalam mahupun di luar sekolah,,

Demi rezeki untuk anak-anak mama,mama tolak ketepi kesihatannya dan teruskan jua semua perkara,,Ma,erah sedey sangat tengok mama yang umpama 'sihat' di luar tapi sakit di dalam,,
You are the strongest person I ever seen,Ma,,

Ma tahu tak,setiapkali mama mengadu,menahan kesakitan mama dan erah urut mama,dalam diam erah menitiskan airmata dan sentiasa berdoa,,

"Sembuhkanlah satu-satunya Ibuku,Ya Allah!"

"Kau kuatkanlah semangat Ibuku dalam mengharungi segalanya,Ya Allah!"

"Ringankanlah beban Ibuku dengan meletakkan separuh bebanannya padaku Ya Allah! Aku tidak sanggup melihat derita Ibuku"

Lagi sedih bila mama kata,
"After erah takde kat rumah,dah masuk U nanti,sape la pulak nak urut mama??"
I even cry harder,Ma,,You means a lot to me,,Bila mama cakap camtu,erah lagi berat nak pergi,,Macam erah akan tinggalkan mama lama sangat after this,,


Ma,you mean everything to me and our family,,Please hold on for me,,Please hold on till I get job and my money paid to give to you,,Please hold it on till I get married and have kids to shown to you,,Please hold it,Ma,,Please be there for me,Ma,,I'm begging you,PLEASE,,
T_________T

Erah tahu mama hadapi banyak hal today,especially when Uncle's came early evening,,He became more sadden when he saw us and you,,Show us that crying in front of you,,Mama tahan je sampai akhir,,But I know,deep inside,mama nangis,,How can't I be more sad and mad about this??Macam manalah erah tak sakit hati bila tengok mama sedih lagi,,I,me either sedih sangat dengan that lost and we all have 'lost' you,Ma,,'Lost' that smile and talks,,

Ma,whatever happens,erah akan still di sini,,From the bottom of my heart,you are still inside,,Erah akan ikut dan dengar kata-kata mama,,Erah akan buat paling the best untuk mama,,Erah nak bina hidup erah sendiri yang ada family kita terutamanya mama,,


Ma,I will always Love You......

Tuesday, December 8, 2009

Busy?? Stress?? Makan??

Salam + Ahnyeong ha seyo
안녕하세요
^_____^

Hari ini sama macam semalam gak,,Terasa penat tu sememangnya lah kerana memang patut pun,,hahaha,,Yelah,dah duduk rumah ne makin 'menebal' je badan ne,dengan chubby yang 'terlebih',macam manalah nak turun nanti,,Bak kata kakakku sendiri,,
"Badan senang naik tapi susah turun cik kak,,"
Sindirnya pada suatu hari,,Tamba
hnya lagi,
"Hidup makan,minum,tido,bilalah badan akan turun macam aku,,kui3,,"
Ha,tahupun kat mana dia berada,,hehehe,,

Erah rasalah (cuma rasa ea??) nanti bila duduk jauh dengan rumah dan family ne baru erah akan turun berat badan,,Susah kalau duduk kat ruma
h je,,Yelah,kat rumah itulah erah akan cari makan dengan pandainya,,ahaks2,,

Macam kat matrik dulu,erah boleh turun sampai 13kg! Agak dahsyat dan agak tak percaya jugak masa tu,,Bila kawan suruh timbang on that one fine day kat matrik,terasa malas sangat,,Rasa macam erah berat sangat,,Sekali,kawan tarik terus tengok penimbang,,
"Mak aih!!Ko tipu ke apa ne??Kate laen,timbang la
en,,'Busy' benor ko sampai tak 'tertimbang' berat sendiri ok je ne,,"
Kata kawanku yang dalam masa yang sama menyindirku
,,Geram jugak kat mulut dia tu,,Cakap tak berhenti tapi point yang dia tujukan kat erah tu macam agak bagus je dengarnya,,Hahahah
^O^


Memang kerana kesibukan (ceh,macamlah dah bekerja,,) dan berada jauh dari family membuatkan erah tak ingat sangat untuk makan banyak,,Makanan memang banyak tapi erah rasa erah makan sekali banyak je dan bukan on time sangat,,kui3,,Rasanya stress sama naek dengan makanan kot,tu yang tak berapa join sangat nak makan bila dah duduk jauh ne,,

:: Harap-harap erah tak busy sangat macam Taeyang dan Seungri ne sampai mencebik je mulut diorang,, ::



:: Uish,mintak jauhlah bila dah naik tension or stress sangat macam TOP ne,, ::



Memang bila sibuk tu,erah akan makan banyak,tapi purata dan peratusan (eceh,dia buat lagi daa,,) rakan-rakan erah beritahu yang erah ne akan makan banyak time pagi je dan lunch memang erah skip,,Tu
Sandy,Atin dan Etan (KMP) yang cakap,,Eh2,erah tak perasan pulak pasal tu,,Bak kata orang,,
"When you have more time to focus in something,you will never notice the thing that you might always do before have been skipped,,"

Wah,Bermadah betullah,,tapi macam dalam gambar kat bawah lar,,


:: Untuk hilangkan stress ada baiknya bila kita makan buah,, ::


:: Dan ada baiknya makan sayur,,hehe,, ::

Selamat Ber'
BUSY' la pada kawan-kawna semua ye??kui3,,
(^,^)

Monday, December 7, 2009

Cip Memori Terakhir.....

Just nak tunjuk picture yang baru-baru ne,,Kang tak tunjuk Biha terasa pulak,,Hahah,,Sorry Biha,,

:: Dak chubby dan Biha sedang men'chubby'kan rupanya ::


:: Rupanya elok je muka dia lepas ambik gambar ne,, ::



~~Time Aqiqah 'semek kecik' or nama diberi Aina Asyifa~~

:: Dia tidur je sepanjang perjalanan cukur jambul dia,,naek geram rasa di hati,, ::



~~ Gaya tidur yang cukup puas (semalam pukul 8 pm)

:: Kata orang budak yang tidur macam tu orangnya jenis healthy wealthy,,::

:: Nikmatnya tidurku... Tidur budak bijak ke saya?? ::

Kenangan??

Salam + Ahnyeong^^
안녕하세요

Kali ini erah nak cerita apa ea??Tak ada cerita lah just nak mencatat serba sedikit memori ketika berada di Universiti Darul Iman Malaysia or lebih dikenali sebagai UDM,,

Alhamdulillah erah sempat jugaklah mendapat ilmu pengetahuan tentang Sains Komputer selama 3 Semester ataupun kira-kira 1 tahun setengah,,Banyak yang erah tak faham boleh jadi faham dan ada yang memang tak fah lagi jadi tak faham,,Eh2,macam mana tu??Ekekek,,

Memang best belajar tentang Sains Komputer ne,Lebih-lebih lagi ada coursemate(Classmate semuanya sebab satu kelas saja,,) and even roomate sendiri yang jenis open and easy going,,Sesiapa sahajalah yang termasuk dalam senarai yang tiada namelist erah ne,,Erah ucapkan berbanyak-banyak
TERIMA KASIH

Sama ada yang baek dengan erah,yang close,yang kureng,or yang terlebih 'dos',terima kasih sekali lagi,,Especially buat Kak Eyja,Zarith dan Norul (roomate for a year),terima kasih kerana memahami erah selama ini dan kerana banyak memberi sokongan terutamanya bila erah 'lost' Papa lebih kurang sebulan setengah,,

Buat yang tak rapat atau terasa erah tak rapat dengan korang,erah nak mintak maaf banyak-banyak,,Bukan erah memilih dari sudut harta atau rupa tetapi erah memang selesa berseorangan sejak dulu lagi,,Kalau nak bukti sekalipun boleh tanya pada Kak Eyja, Zarith dan Norul,,Memang erah macam tu dan untuk close dengan erah tu mudah saja cuma orang tak tahu dan tak ambil tahu,,Erah tak salahkan sesiapa ea?? Erah tak kisah sangat hal ini memandangkan erah dah biasa,,

Buat yang terasa hati sebab erah buat jahat or tak tegur tu,erah mintak maaf banyak-banyak,,Bukan apa,kalau rapat dengan awak,awak akan fikir laen dan kalu tak rapat,saya jugak yang kena,,Macam budak-budak je,,So,MUHASABAHlah diri awak tu setakat mana awak berada dan kenapa awak terasa hati dengan saya,saya tak tahu,,

Sekali lagi mohon maaf buat yang terasa kepedasan mulut erah ne,,Study hard and study smart la untuk kamu semua,,Harapnya lecturer akan beri 'tumpuan' pada anda terutamanya si 'ladies',,
Terima kasih sekali lagi,,

"Sedetik Kenangan Seribu Kemesraan"

Wassalam,,

Wednesday, November 25, 2009

Aduhai PTPTN ku....

Salam + Ahnyeong^^,,

Firstly macam biasa,erah nak mintak maaf sebab lama tak update,,Rindu nak ber'blogging' ne sebenarnya cuma tak ada masa dan tak dapat wireless yang cukup or senang cakap yang Extreme gila di rumah erah,,So kat mana erah online selama ini??Ha,itu erah nak ucapkan terima kasih lah kat Ayah Ngah dan Cik Ngah yang berada di Wangsa Maju ne,,Pakai broadband tapi yang wireless punya,memang laju!! Untuk peneman yang selalu ada kat sebelah pun ada,En TaQie (Taqrimi Luthfi),,Huhu,thanx a bunch!
^____________^

Semalam selesai sikitlah hal urusan di PTPTN,,Bukan maen susah nak mencari tempat tu,,Alamatnya di Damansara Height Off Jalan Semantan,,Memang 'OFF' betul-betul lah tempatnya!,,Kakakku tercari-cari jugak sebab laluan ke sana melalui Jalan Dungun tapi 3-4 kali pusing,tak ada pun,,Rupanya,nun ada jalan satu lagi kat highway (jalan kecik jek,,) yang terpapar signboard PTPTN,,hurm,memang sakit lah nak mencari,,Korang yang ada rasa nak melawat tu,pergilah jenguk,,amek map tempat tu sendiri dan bawak kete sendiri,,Memang sakit sikit lah,,
@_________@

Hal PTPTN erah ne bukan apa,erah cuma nak batalkan aje dan nak try mintak Yayasan Terengganu pulak,,Tapi of course lah,duit yang diorang kasi untuk 3 sem dahulu tu kena bayar,,RM10 500,,Mana nak cari?? Itu belumpun masuk 'bunga'nya lagi yang 1% tu,,Memang dahsyat lah bila kerani tu sendiri cakap biasanya duit kena bayar dulu and dikira lump-sum terus,,Gila ke ape??Manalah erah kerja lagi dan nak buat loan RM10 000-RM20 000 ne,,Susah lah diorang kat PTPTN ne,,Padanlah ramai yang cakap PTP'TIPU',Along dan sebagainya,,

Memang sakit sikit lah bila fikir semua ne,,Tapi erah kuatkan semangat jugak memandangkan erah belumpun habis belajar and even belum bekerja lagi,,Harapnya erah dapat kerja nanti dan INSYA-ALLAH dapat kumpul duit untuk pergi Makkah bersama family,,Itu first target erah,,Second target and third tu,,,,,,,,,,
Sorry,tak boleh tahu,nanti ada peng'skodeng'an berlaku dan masuk dalam hard memory cip dia dan memorize everything,,Erah tak kuasa nak letak 'VIRUS jahanam' kat dia sebab takkan menjadi pun,,So,bacalah dan memorize lah awak,,Saya tak marah pun,Sikit pun,,Sebab even orang lain pun dah habis puas dan rasa nak marah kat awak tu,,Takkan menjadi kat awak jugak kan??Sebab awak kan tak 'CERMIN DIRI',,Jadi susahlah,,Hurm,mesti awak jawab,

"Ikut sukalah"
or
"Dah memang (nama TUT-TUT) macam tu"
even
"(Nama TUT-TUT) tak tahu kat manalah awak nampak salah saya ne"

Apa-apa jelah awak,Memang susah cakap dengan orang yang sakit jiwa ne,,Orang cakap macam manasekalipun,orang tu takkan faham and even kita sendiri rasa sakit jiwa sebabnya,,

No comment tentang ini ya???Nanti ada masa erah akan postkan tentang MUHASABAH DIRI or CERMIN DIRI ne,,INSYA-ALLAH,,

MY OTHER BLOG

Tuesday, November 17, 2009

Akhirnya.......

Salam buat kawan-kawan sekalian,,
안녕하세요

Dan akhirnya,paper TKF3103 iaitu Database telah sempurna dilaksanakan! Yay! (buat sementara waktu aje ne,,)

Dan hari ini jugak erah rasa sedikit tenteram selepas berakhirnya sebuah penantian,,Penantian apa wahai cik syahirah??Adalah...Hahaha
^O^

Tenteram jugak bila erah dapat jumpa Puan Aznida Hayati tadi,,Even beliau ada perbincangan,dia keluar bilik tengok erah terus tanya,,Rasa segan dan malu pula bila Puan yang buat macam tu,,Tapi kata Puan,"Tak mengapalah",,Banyak yang erah dapat dari dia,,Macam kasih seorang ibu yang tak berbelah bahagi pun ada,,Dia dengar luahan erah sampai habis dan erah dapat banyak ilmu dari kata-katanya,,

Buat Puan Aznida Hayati binti Zakaria@Mohd,Ketua Jabatan Fakulti Informatik,Erah ucapkan berbanyak-banyak terima kasih sebab memberi sedikit ruang untuk melepaskan segala yang terbuku di hati erah selama ini,,Cewwah!! Macam mengada pun ada ayat ne,kan3?? Takpe,orang tak tahu pun apa yang erah rasakan buat masa ini,,Yelah,berdebar pun ada,gembira pun ada,sedih pun ada!!

Ha,Biha,ko mesti lagi tertanya-tanya kan??Ekekek,,Memang gembira di saat yang first,tapi bila fikir balik,rasa sedih tu lebih lagi especially dengan family,,hehehe,,

Walau apa sekalipun,hari ini tamatlah episod 'luka-luka' erah,,Nak tahu sebab apa? Erah telah gembira dengan apa yang berlaku di persekitaran erah dan bersyukur sangat-sangat diri erah ini masih dihargai oleh seseorang,,
TERIMA KASIH

Buat kawan-kawan classmate,coursemate dan seangkatan dengannya,erah ucapkan jutaan kemaafan seandainya ada salah silap erah dan jutaan TERIMA KASIH ikhlas dari sudut hati kecil erah ini sebab kita berkawan,,Erah harap hubungan kita sebagai saudara semukmin seislam tetap kukuh dan utuh sampai bila-bila,,
INSYA-ALLAH

Biha mesti lagi terfikirkan?Apa bendalah yang cik syahirah ni duk merapu,,Entah apa-apa,,Hahah,,Saja nak buat gempak gegar gerun sikit,,Best tak ayat??Hehe,,

Untuk kawan-kawan yang tadi jugak,
SELAMAT JALAN
SELAMAT PULANG
SELAMAT KEMBALI
SELAMAT BERISTIRAHAT
SELAMAT BERCUTI
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA dan 
SELAMATLAH SEGALA-GALANYA

Semoga selamat belaka keadaan anda sekalian,,Oh ya,Cik Khuza jangan terasa,cik syahirah tak ada rasa nak tiru apa-apa pun dari blog anda itu ea??Ehek3,,
^____________^

Salam semua....
안녕히 가세요



Salam + Ahnyeong^^,,

Hari erah dah ada kat UDM dan rasa rindu kat anak buah sulungku yang pertama dari tadi lagi,,Entah kenapa,macam tak boleh nak berpisah je,,Haha,,Macam Jejak Kasih la pulak,,

Tadi before erah balik sini (UDM),erah sempat tengok dia minum susu dalam keadaan mengantuknya pada pukul 4.38 p.m. tadi,,Dan sememangnya bayi akan perlu sendawa untuk rasa kelegaannya,,Kak Amy pun urut belakang AIN ni,,Memang dia susah nak keluarkan angin dari mulut dia ne,tapi yang kat 'bawah' senang je,,Tup-tup tengok dia baring dengan selambanya dia tidur! Hai budak kecik ne,baru masuk 34 hari dah nak meniarap punye,nak tidur meniarap pun,ye jugak ke???

:: Nilah gambarnya,sempat kandid before dia tidur balik,, ::

Alang-alang duk tengah makan ne,Misz Khuza pun datanglah ke bilik,,Rasa sedikit happy memandangkan Kak Tyha takde dalam bilik dan erah pun kesunyian sikit,,Tapi ok la ada 'budak bingit' seperti Misz Khuza ne,,Hehe,,Sorry Khuz,jangan ambil hati dan printscreen pulak aku punya post ne ea??
^O^

Sambil menyelam,sambil minum air,macam itulah erah dan Khuz sedang alami sekarang ini,,Haha,,Makan,minum,sambil buat 'lebihan ketupat' yang sedia ada,,Lalalala~~~,,
Kan Khuz kan3???

Wahai Database,cepatlah habiskan hari esok!!

Monday, November 16, 2009

Shoutku dihentikan for a while.....

Salam buat kawan-kawan,,

Erah buat penghijrahan baru hari ini! Dengan ini diisytiharkan SHOUTOUT MIX WIDGET yang erah dihentikan sementara waktu,,Sampai bila??Sampai ada orang akan sedar diri,,Eh2,,Takdelah,kang terasa pulak pastu buat link and promote 'cerita' pulak kat blog erah yang tak seberapa ne,,

Walau apa pun,kawan-kawan still boleh bermesej dengan erah dalam paparan komen di setiap post blog erah ne,,Untuk itu,Salam,,
^__________^

1 more paper vs Lamaran darinya....

Salam + Ahnyeong^^,,

Hari ini rasa sedikit lega tapi masih berdebar(dup-dup....),,Yela,masih ada satu paper yang belum terungkai soalan dan penjawabannya,,kua3,,
^O^

Paper Database akan menyusul 18 haribulan ini,,Last la tu,,And last jugak akhirnya,,Penantianmu suatu penyeksaan,,Akhirnya lamarannya erah terima jugak,,Biarlah apa orang nak kata,,Erah malas nak cakap panjang-panjang dan cerita kat orang,,Merisik pun sudah,kira bertunang je belum,,hehe,,

Happynya di kala ini,,Oh ye,buat Misz Farah (ada kat bloglistku...),erah ucapkan selamat menempuh hari bahagiamu,,Bahagiamu bahagiaku jua,,ekekeke,,Gedik pulak erah ne,,Ala,alam Misz Farah nak tempuh itu kan akan dilalui oleh sesiapa sahaja termasuklah erah sendiri,,hurm,,

Sudah,sudah!! Tak nak cakap lagi!!,, Lambat pulak nak habiskan satu paper ne,,hahahaha
^_____________^


:: rasa nak marah pun ada,, ::

:: Rasa nak ketawa or gelak-gelak pun ada,,::

Apakah semua ini wahai cik syahirah??Entahlah kawan-kawan,,Setiap orang pun ada privacy masing-masing,,Erah tak kacau kehidupan orang lain dan HARAPNYA orang lain pun sama dengan keadaan dan situasi erah,,Maaf buat rakan-rakan yang tak tahu dan Thank you so much buat yang tahu tapi buat-buat tak tahu,,ekekek,,Berbelit-belit la erah ne,,

Monday, November 9, 2009

=-= Exam vs Sadness =-=


Salam + Ahnyeong^^

Bak kata orang,esok masih ada,,Ye,memang masih ada,,Ada apa? Ada paper yang belum terjawab lagi,,Esok dahlah paper Statistics & Probability and lusa pulak Network Security,,bagus-bagus,,apalah yang erah nak 'ukir2' atas paper tu nanti,,Hurm,,

Dari tadi airmata ni asyik mengalir je,,Duk fikir-fikir balik,dah 20 hari Papa takde,,Rindu sangat-sangat,,Apatah lagi Mama yang ada kat rumah sekarang ni,,Semalam,tanggal 8 November 2009 adalah Hari Ulangtahun Perkahwinan Papa & Mama yang ke 30,,Tapi arwah Papa tak sempat jugak nak sambut dengan birthday cake yang kami adik-beradik sepakat nak beli tahun ni,,Sedihnya,,
T__________T

Mama dari semalam before erah balik UDM pun tak kata apa-apa pasal ni,,Mama banyak diam je,,Erah faham perasaan Mama sekarang walaupun Erah tak tahu macam mana peritnya kehilangan seorang teman hidup yang mencipta segala memori dan kenangan bersama-sama,,Ma,whatever it is,kami adik-beradik sentiasa ada bersama Mama,,Kami nak jaga Mama dan Arwah Papa dari dulu lagi,,So,Mama jangan bimbang,kami adik-beradik takkan putus hubungan dan tinggalkan Mama,,Minta jauh perkara-perkara tu ye??

Mama pernah bagitahu kami yang tanpa anak-anak,Mama takkan sekuat dan segah sekarang,,Mama kuat kerana anak-anak,,Ma,you know what,I run out of tears when you say so,,Almost no tears fall from my cheek and even my eyes getting swollen because of it,,Sebab itu jugaklah kami tak tunjuk tangisan kami depan Mama,,Kami nak buat Mama happy sentiasa sampai akhir hayat Mama,,

Erah harap sangat Mama akan terus tabah dan kuat demi kami,,Kami adik-beradik yakin dengan kebolehan Mama,even kagum sangat sebab Mama tak pernah tangisi pemergian Arwah Papa depan kami,,Dan erah tahu hanya di tikar sejadah tempat Mama mengadu dan di situlah keluarnya air mata Mama,,Ma,I don't know how to say this but at that time I really wanna hug you and say,"Ma,erah kagum dengan mama,,Mama sanggup ketepikan kesedihan di hadapan anak-anakmu dan orang lain demi kerana nafkah yang dicari,,Ma,you are the best Mom in this whole universe,,I LOVE YOU,"

Erah akan buat yang sehabis baik demi keluarga kita Ma,,Harapnya,erah dapat berjaya ke arah yang erah mampu pergi dengan lebih jauh dan harapnya Mama akan sentiasa memandang erah untuk semangat jauh ke hadapan,,


Sunday, November 8, 2009

Blog Laen.....


Salam + ahnyeong^^,,

Just buat pengetahuan teman-teman,blog erah ini adalah yang ketiga sebenarnya,,Memandangkan sebelum ini lupa password untuk blog yang 1st jadi erah buatlah yang keduanya,,Masalah pulak tiba-tiba muncul bila ada je 'hantu-hantu' yang membaca dan mengomel pulak,,

Jadi itulah sebabnya erah buat blog ini pulak,,Ini kira blog yang ketiga dah,,Hehe,,Follow and be one of my friends kat blog satu ag ea??

KLIK DI SINI UNTUK THE 2ND BLOG

Kasihan dia...


Salam + ahnyeong^^,,

Alhamdulillah hari ini erah dapat mulakan hari dengan sedikit keceriaan,,Memang nampak sukar,tapi yup,kerana DIA erah dapat bangkit semula,,Terima Kasih yang tak terhingga,,

Ibarat cermin retak seribu,apa dah jadi pada kawanku seorang ini?Makin malap mukanya dan makin sakit apa yang dipendamnya,,Buat kawanku itu,tabahkanlah hadapi hari-harimu ye??Erah ada di sini selalu sebagai tempat luahanmu,,Jangan takut untuk mengatakan dan meluahkan sesuatu yang dirasakan sakit dan nyilu dalam hatimu itu,,INSYA-ALLAH,hanya DIA tempat mengadumu yang paling berkesan dan mujarab sekali penawarnya,,

Pada rakanku itu juga,ku nasihatkan juga,hadapi dugaan ini dengan secara terbuka,,Hidup ini memang ada banyak onak dan durinya,,Ini hanyalah salah satu dari-Nya buatmu,,Beribu-ribu lagi yang akan ditunjukkan padamu nanti pabila tiba saatnya,,Justeru,cekalkan hatimu dan kuatkanlah semangatmu kerana DIA akan menolongmu bila-bila masa sahaja,,

Actually erah amat kasihan pada rakan seorang ini,,Mungkin dia tidak sedar dalam perjalanannya itu ada duri yang dicucuk tanpa disedarinya,,'Durjana duri' itu ye??Tapi redhalah,,Manalah tahu ada 'kumbang' lain yang sedang menantimu??

Wah!! Jiwang karat lah ayat ni,,Entah kat mana erah dapat,,Kua3,,
^__________^
Tapi dari sini pun erah dapat sedar,manusia memang sering melakukan kesilapan,,Apa yang pasti,kita sebagai makhluk dan seorang khalifah ciptaan-Nya perlu memaafkan kesilapan manusia,,Mungkin dengan itu,ramai yang akan tabik hormat dengan kita kerana kesalahan seumpama apa sahaja dimaafkan hanya begitu sahaja,,

Yang pasti,ALLAH S.W.T sendiri telah berfirman bahawa
"Setiap yang memaafkan dan memohon ampun dengan ikhlas dan redha dengan apa yang berlaku akan pasti diberi ganjaran untuk hatinya yang IKHLAS,,"
serta
"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar bakal beroleh ganjaran mereka dengan keadaan yang tidak dapat dihitung." (Az-Zumar 39: 10)
SUBHANALLAH,,

Mohonlah keampunan dan MAAFKAN apa sahaja yang telah berlaku pada diri kita mahupun orang lain,,Nescaya perbuatan kita itu tidak ada sesalannya,,INSYA-ALLAH

Balik UDM lagi???

Salam,,

Hari ini before erah sampai UDM tepat jam 9 p.m tadi,erah pergi klinik atas sebab....Mestilah sakit!!Ape lagi!!Kua3,,
^O^

Masa dari rumah tu lagi erah rasa macam malas dah nak balik sini lagi,disebabkan exam esok sampai lusa (9-11 haribulan),so terpaksa la erah memberatkan kaki ini melangkah pergi,,Ala,berbuahnya ayat,,First sekali erah mestilah rindu kat mama yang duduk dan ditemani oleh Kak Amy dan juga family abangku,Abg Aghi dan Kak Fidah,,Dan yang pastinya,PERMATA HATI yang selalu mencuit hati kami sekeluarga,cik AINA ASYIFA pun ada sekali,,

Erah cium habis-habisan dia dan cakap,"AIN,cik Ma nak balik UDM dah,duk umah ag pasni ea??Igt cik Ma ag deh??",gitulah episod perbualanku dengan anak buah sulung yang hanya bertingkah 6 hari sebelum pemergian PAPA,,hurm,,
(T__________T)

Erah rindu kat dak kecik tu je sebenarnya,,Senang sangat nak jaga anak buah yang tak banyak perangai dan mulut diam je macam AIN,,Tapi sakit jugak masa malam yang tak tentu kita boleh tidur disebabkan dia jugak,,Yelah,AIN tak tidur malam,,Kalau dah tidur separuh hari waktu siang,sah-sah malam tu dia akan bangun sampailah subuh baru tidur balik,,Agak susah la jugak dengan kepayahan dia nak bangun balik even dah bermacam cara kita kejutkan dia,,AIN OH AIN,,

Erah tak sabar nak tunggu paper final ni habis 18 haribulan nanti,,Nak balik! Nak main ngan dak tecik tu! hua3,,
^________________^

Monday, November 2, 2009

|| FINAL EXAM DAH??!!! ||


Wah,dah nak final dah esok,tapi still berada di rumah,,Rasa takut pun ada,rasa malas,lagi la ada,,Tambah-tambah lagi dah tak sabar dah nak buka kalendar baru untuk diri sendiri,,Hurm,,Harapnya semua paper nanti erah akan dapat buat dengan sehabis baik even tak membaca sangat,,Kua3,,


HWA EE TING!!,,MEOW~~
^___________^



Sunday, October 25, 2009

^^Ke UDM ^^

Salam,,

ALHAMDULILLAH petang tadi erah selamat tiba di UDM,,Walaupun masih dalam berdukacita,apakan daya,ALLAH menyayanginya terlebih dahulu,,Dan walau berat hati meninggalkan mama di kala keseorangan bertemankan AINA ASHIFA,mama memberitahu supaya Erah melangkah ke UDM dahulu dan habiskan dahulu pelajaran di sini kerana kata mama,"Mama tidak keseorangan,"

Alangkah sedih hati erah pabila mama meluahkan kata-kata sedemikian,,Mama menyuruh anak-anaknya menghabiskan pelajaran walau ada beribu-ribu halangan di hadapan mata,,SUBHANALLAH,,Mama adalah mama yang terbaik buat erah,,

Oh ya,kali ini nama ama digantikan dengan nama ERAH(IRAH) memandangkan nama itulah yang selalu dipanggil dalam keluarga,,Dan tak lengkap bila tak menggunakannya setelah sekian lama,,

Erah terlebih dahulu nak minta maaf buat Kak Keem dan Biha yang telah bertungkus-lumus membuat projek sistem,,Tanpa mereka,tak tahulah apa nak jadi,,Terutamanya buat Kak Keem,ada sahaja halangan bila bersama erah kan??Terima kasih kerana memahami,,Dan buat kawan-kawan coursemateku yang datang waktu pemergian papaku,TERIMA KASIH yang tak terhingga,,Dan MAAF jua dipohon kerana tidak menjemput ke tahlil yang dibuat,,

Hurm,berbalik pada cerita asal,erah sekarang ini bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berada di atas bumi dan dapat menjaga mama,,Pemergian arwah papa juga memberi ruang untuk mengenal saudara sebelah arwah papa yang dilihat agak jauh bezanya dengan kami memandangkan arwah papa adalah anak ke-10 dari 11,,Jadi,sepupu-sepapak dah cukup dewasa sehinggakan erah sendiri dah ada lebih dari 10 orang cucu sepupu!,,

Sebut pasal budak kecil ni,memang teringat kat anak buah sebab walaupun baru berumur 11 hari pada hari ini,AINA ASHIFA atau mesra dengan panggilan AIN memang cukup mengujakan erah sekeluarga,,AIN tak menangis kuat pun,cuma menangis sikit masa time nak susu ibunya,,Kelakar pun ada,,Bila tengok AIN teringat arwah papa yang sempat memegangnya ketika berusia 4 hari selepas balik dari KL,,Arwah juga seringkali memanggil AIN,jadi kami bersepakat memanggil AINA dengan hanya panggilan AIN,,Itulah al-kisahnya si cilik AIN ni,,

:: Kandid dak tecik before balik UDM ::


:: AIN!! Cik Ama rindu bangat sama kamO!! ::

== Pemergian Ayahanda ==

Tanggal 20 Oktober 2009 tepat jam 6.15 p.m.,Papa telah menghembuskan nafas terakhirnya di perkarangan Stadium Negeri dikelilingi rakan-rakan sepejabat,,Pemergian papa amat mengejutkan kerana tiada tanda-tanda papa sakit hatta demam sekalipun,,Memang cukup mengejutkan kami sekeluarga tambah-tambah lagi mama ama yang bergelar seorang isterinya,,

Mama amat mengujakan kami adik-beradik,,Di kala itu,mama menahan segala air mata dari tumpahnya ia sejak dari hari pertama ketiadaan papa,,Arwah papa dikatakan sesak nafas selama 10 minit selepas bermain badminton bersama rakannya,,Disebut juga arwah papa diberi CPR 5 kali tetapi tidak menjadi kerana Papa diserang jantung saat itu,,

Abg Aghi menjadi pengganti kepada arwah Papa,,Dan mama,ya,mama makin diselubungi kerinduan setelah saudara-mara makin meninggalkan rumah,,Rumah 2 tingkat dirasai kosong dan amat pudar,,Segala macam benda terasa susah dan payah hendak dilaksanakan kerana selama ini,arwah Papa melakukan segala-galanya,dari A-Z,,Kasihan pada mama dan kasihan jua pada Abg Aghi,,

Pemergian Papa memang mengejutkan tetapu kami mendapat banyak pengajaran dan terasa indahnya kerana arwah Papa meninggal dunia dalam keadaan yang suci dan bersih sehinggakan terukirnya senyuman di bibirnya,,MASYA-ALLAH,SUBHANALLAH!,,

Memori kami sekeluarga tetap terpahat di ingatan walau apa pun terjadi kerna kami tahu,di sudut hati dan di lubuk sanubari kami masih adanya 'Papa' yang menjadi pendokong dan pendorong buat masa depan,,INSYA-ALLAH,,Erah akan buat apa yang disuruh oleh Papa sebelum ini dan erah akan tunaikan janjimu Pa,,Erah selalu berdoa agar arwah Papa ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan syurga tempatmu Pa,,INSYA-ALLAH,,

Tangisan mama biarpun kami tidak nampak,Erah akan pastikan ianya digantikan dengan kegembiraan dalam keluarga kita Pa,,INSYA-ALLAH,,Mudah-mudahan,dengan adanya buah hati baru dalam keluarga yakni AINA ASHIFFA akan memberikan tawa dan gembira dalam kehidupan seharian kami,,INSYA-ALLAH,,

AL-FATIHAH buat PAPA

Tuesday, October 20, 2009

Keletihan vs Kesukaran??

Salam + Ahnyeong^^

Hari ini ama terasa amat malas,,Entahlah,sejak dua menjak ni,asyik nak tidur je,letih apa pun tak tahu,,Nak kata buat kerja banyak pun takdelah sangat,,Makin malas nak buat ada la,,Tambah-tambah,sistem belum pun siap,,Kata Kak Keem,ama ngn biha buat bahagian report sebab susah bila ramai buat sistem,,Kesian pulak kat Kak Keem,,Nanti kitorang buat sama-sama,ea??

Memang minggu ni dah sampai kemuncaknya rasa kesukaran tak kiralah apa sahaja benda yang perlu dibuat atau tidak,,Rasanya,semua orang pun macam tu,,Tak kiralah coursemate ama ke,classmate ke even roomate,,

Harap-harap nak final dah tak lama lagi ni takdelah rasa sukar pada tahap maksimum jugak memandangkan dah lebih energy yang kitorang gunakan just untuk buat assignment dan juga presentation sistem nanti,,Inipun extra energy yang ada kira-kira 20-38%,,haha,,

Andaikata payah jugak masa final tu,alamatnya,SAKITLAH KEPALA!!! Wish to all my friends,,"ALL THE BEST AND HWA EE TING (FIGHTING)!!,,"
^___________________^

Sunday, October 18, 2009

Berduka Tapi Ada Sinar Gembira

Salam + Anyeong^^

Anak buahku yang pertama!! Yay~~!! Seorang puteri telah selamat dilahirkan tanggal 14 Oktober 2009 yang lalu,,Dan pada hari itu jugalah,genap setahun pemergian arwah che ku (nenek),,Memang terasa sangat suatu keajaiban yang mana setahun yang lalu,kesedihan melanda dan untuk kali ini,ALLAH S.W.T telah memberi kegembiraan untuk seluruh keluargaku,,ALHAMDULILLAH,,

Hari ni dah 4 hari umur anak buahku yang sulung dan beratnya,hurm,3.46 kg!!hehe,,Abangku dan Kak Fidah memberi nama puterinya itu AINA ASYIFA yang memberi erti "Permata Hatiku",,Rasanyalah,,hehehe,,Rindu tau nak tengok anak buah sebab ama memang tak berkesempatan langsung masa dia mula-mula dilahirkan,,Sekarang dah puas sikit sebab dah dapat tengok muka si bucuk yang comey di Durian Burong on the way balik rumah dari KL tadi,,


:: Aina Asyifa,permata hati kami sekeluarga,,hehe,,::

Ama harap sangat Aina akan jadi ratu hati buat family dia dan juga keluarga besar kami,,Harapnya Aina sentiasa sihat,INSYA-ALLAH,,dan kehidupan di masa hadapannya cerah,,INSYA-ALLAH,,

!!!~Sambut Deepavali??~!!!

Salam + Ahnyeonghaseyo,,

Hari ini dan pada jam sekarnag (9:12 p.m.) ama telah selamat berada di UDM,,ALHAMDULILLAH,,Apa yang pasti ama tentunya bawa cerita untuk dikongsi bersama-sama,,

Ama bertolak ke Damansara,Selangor sebab nak pergi rumah kakak-kakak kat sana,,Actually nak visit mereka dan saudara di Wangsa Maju serta membawa Kak Amy untuk rawatan matanya yang dikatakan makin teruk sekarang ini,,Kami sekeluarga sempat la pergi ke perkarangan Stadium Malawati,Damansara after ke Nilai,Negeri Sembilan dan juga Umbai,Melaka,,hehe,,

Jumpa la tempat PERMATA HIJRAH yang dikhususkan untuk penjagaan mata,,Kesian jugak tengok Kak Amy yang macam dah 'menderita' sangat bila buat percubaan free tu,,Tapi after tu,lega sikit katanya,,Kira after this,tak adalah susah-susah nak pergi hospital swasta untuk mata dia tu,,INSYA-ALLAH,,
^___________^

Time kat KL pulak,ama sempat la pergi SOGO (tempat biasa ama and family,,) dan meninjau banyak jugak 'things' yang menarik perhatian ama,,Ama sempat la membeli turtle-neck 100% cotton dan juga sepasang kasut,,hehe,,Macam biasa,favourite ama,,Tapi sayangnya,ama tak singgah pulak ke Low Yat Plaza,,Maaf ya Kak Eyja sebab tak dapat membeli external,,huhu,,



:: Kasut baruku,,Carlo Rino yang berharga RM55.20 after less 30%,,Comel dan ama akan bawa dan pakainya di lain masa memandangkan tak lama lagi akan cuti lama after final,,::

:: Baju turtle-neck yang baru jenama FOREST Jeans Company berharga RM63.92 after less 20%,,100% cotton tu,memang ama suka!!,, ::

Ini jelah yang ama mampu beli untuk kepuasan diri memandangkan ama tak dapat pergi Plaza Low Yatt untuk membeli barangan lain,,hehe,,Apa-apa pun,ama nak ucapkan terima kasih buat mama dan papa yang provide jugak duit selama berada di Selangor,KL,Melaka dan Negeri Sembilan,,

Ama tahu,tanpa mama papa,ama takkan dapat makan sedap(Seafood,dan seumpamanya,,) dan takkan dapat beli apa-apa sebagai buah tangan untuk diri sendiri,,So,ama nak berterima kasih kat mama papa yang selalu memberikan kebahagiaan bukan dari duit sahaja malahan dari kebahagiaan kasih sayang,,Sayang mama and papa!!

Monday, October 12, 2009

--- Lintasan Longkang??? ---

Salam + Ahnyeong ha seyo^^,,

Wah!,,Ari ni ama rasa segar sikit lepas tidur dengan nyenyaknya semalam,,Memanglah nyenyak sebab pukul 9.30 p.m. dah tidur pun,,Ama kena migrain semalam,itu yang menyebabkan kepala 'mereng' kejap sebelah kiri ni,,huhu,,Sakit tu jangan cakap la,memang tak tahan,mujur ada panadol Milidon 650,telan satu biji je dah terus mengantuk,,

Kesian jugak dekat Kak Keem sebab sebenarnya hajat nak bincang Sistem malam semalam dalam bilik dia,,Tapi sakit kepala ama ni menyerang tiba-tiba,,Ni pun masih terasa kesan semalam yang tak habis lagi,,huhu,,

Tadi petang baru je nak menyeronokkan diri ini,dapatlah satu mesej bahawa kena hantar report yang Network Security tu petang tadi jugak before pukul 4 p.m. Ama pun apa lagi,terus edit yang kerja sebelum tu,mujurlah sempat menghantarnya,,Berdebar je bila buat assignment Encik Faisal ni,teruja pun ada,,Kua3,,^_____________^

Apa-apa pun ama nak ucap terima kasih kat Cik Tqah @ Cik Alien yang sudi mem'print'kan report ama,,Thanks Alien,,Lepas hantar report tu,ama tak terus balik bilik,ama pergi HEPA jap amek duit dan pergi kat Kedai Great IT Services kat depan jap,,Ama pun belilah kabel USB 2.0 (2 head) untuk external hard drive ama dan jugak Card Reader (15 functions),ambik kau!! Baru rasa puas sikit sebab dah lama niat nak membelinya tu memandangkan ama punya kabel external tu ada masalah dan juga nak baca memory card handphone Sony Erricsson ni,,hua3,,

Ama bukan nak cerita yang ini sebenarnya nak cerita tentang kawasan yang ama lalui sepanjang pergi ke HEPA tu,,Laluan sebelah masjid tu memang panas then ama ambil jalan shortcut iaitu laluan 'berbahaya' la jugak,,Takut sebab longkang yang besar dan jalan yang sempit,,Pulak tu nak melintas tu ada titian besi saluran air je,,Kalau tiada yang itu,tiada la susah-susah nak lalu,,


:: Inilah titian saluran paip yang bukan setakat ama,malahan dah ramai rasanya lalu dekat sini,,::

:: Perasan tak laluan tepi pun dah kecik,longkang pulak besar,cuba bayang kalau kita pakai selipar licin??Huh! Memang cari nahas la orang tu!!,,::

Walau apa pun,ama selamat juga melintasi pergi dan balik melalui jalan shortcut tu,,Bila tengok jalan tu,ama teringat sesuatu,,Kita boleh je nak melintasi jalan yang panjang walau jaraknya hampir sama dengan lintasan jalan yang pendek,,Tetapi bila kita melalui jalan yang pendek,janganlah kita takut untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan yang berada di setiap laluan dan setiap masa kerana ianya jua pasti berada di jalan yang panjang,,Kerana itu kita perlu teruskan perjalanan tanpa memandang ke belakang,,Fikir-fikirkanlah,,
\(^O^)/

Selamat Menuju Ke Hadapan

Saturday, October 10, 2009

|| Persembahan Untuk Diri Sendiri ||

Salam + Ahnyeong,,

Wah!,,Dah lepas sikit rasa sakit kepala ni memandangkan Crpto System dan Test SADAM sudah berakhir,,Akan tetapi,perjuangan tetap diteruskan dengan Textbook Borrowing System (Database + SADAM) dan jugak configure IDS or Honeypot dengan menggunakan peng'install'lan OS Linux,,

Agak sakit jugak tu memandangkan laptop ama ni jenis ACER yang biasa sahaja dan lepas buat benda tu semua dan present seorang-seorang depan En.Faisal,kena pulak format dengan OS Windows,,Tak ke sakit kepala??Memandangkan itu semua satu tugas,ama akan buat jugak lah,,Lagipun nak final dah tak lama lagi so kenalah buat cepat-cepat,,

Lupa pulak,kat bawah ni ama nak paparkan sedikit gambar yang diambil,,hehe,

Tanggal 1 Oktober 2009~Dalam kelas GB13 sedang-sedang menunggu Encik Azrul masuk,sempatlah ama men'kandid' mana yang perlu,,kua3,,


::Gaya baru untuk diperkenalkan,,haha,,Tiut la budak ama ni,,kah3,,::

:: Ama dengan Cik Tiqah (or should I call her Alien??,,hehe,,)

:: Tengah kandid Tqah dengan Honey (Hani) je sebenarnya,tapi yang belakang tu pulak posing lebih,, ::

Tanggal 4 Oktober 2009~Dalam Kelas Hubungan Etnik,,Kawan-kawan yang posing,,<^,^>



:: L-R,,Cik Zarith,Miss Tain and Dek Ainie (tecik je dia ni,,hehe,,) ::

Tanggal 8 Oktober 2009~Di Lab Multimedia,,Ama melepaskan rasa kebosanan yang sementara,,lol ^_______________^


:: Di corner belakang Lab Multimedia yang penuh dengan gambar-gambar gumbira,, ::

:: Dengan buah strawberry yang agak 'sweet' pada ama,, ::

:: Crystal ball,beat my chubby face!!,,lol ^_________^ ::

:: Kebuluran ni,,Sate Jabi beat the rest!! ::


:: Pemandangan yang menyakitkan mata ama sendiri!!,,Hua3,, ::

Inilah sedikit sebanyak gambar yang dah lama ama nak ambik guna posing macam ni,,Bila dah sekali buat,memang selalulah ama gunakannya,,

Kawan-kawan,posinglah dan bergayalah untuk diri anda sendiri sebab itu akan memberikan semangat dan memberikan sekuntum senyuman untuk diri anda dan juga luahan diri anda yang diterjemahkan bukan dari percakapan mahupun pergerakan tetapi dari bahasa badan anda sendiri,,Cubalah terjemahkan diri anda hari ini juga!!






Friday, October 9, 2009

Baby Oh Baby,,Mama Oh Mama!!

Salam + Ahnyeong,,

Lama tak dengar berita tentang kakak ipar ama yang dah nak bersalin tu,,Tak silap ama la,dia patut due minggu ni tapi tak keluar-keluar jugak,,Doktor pun nak pegang dia suruh stay je kat hospital tetapi dia tak nak,,Takpelah,Insya-ALLAH,sampai masa nanti,keluar la anak saudara ama yang first tu,,hehe,,
^_______^

Cakap pasal baby ni,ama ada sepupu baru,,huhu,,Mak saudara ama akhirnya selamat melahirkan seorang bayi lelaki (akhirnya!,,) yang diberi nama Nik Mohd Kamil bin Nik Mahmood,,Seronok dapat tengok dia yang masih berumur 39 hari masa datang di kampung ama pada Hari Raya pertama,,



:: Nik Mohd Kamil,anak lelaki pertama dan paling bongsu dalam family Ayah Do and Cik Za ama ::



:: Kamil ni diam je even orang yang dipegang tu tidak dikenalinya,,Memang best,, ::

Ceh! Macam lebih-lebih la pulak ama ni,,Ama memang suka baby-baby ni,,Kalaulah diberi untuk jaga baby-baby,memang ama sanggup jaga,,Bak kata orang tua-tua dan mama ama sendiri,"Bayi-bayi ni memberi ketenangan,keceriaan dan kebahagiaan dalam hidup seseorang,tambah-tambah lagi ibu pada anak itu sendiri yang mengandungkannya,melahirkannya dan menjaganya",,

Dari sini ama memang amat sedar dan menitis air mata jugak bila kita macam dapat merasai kesakitan dan kesusahan yang dialami oleh seorang ibu,,Mengertilah,Ibu kita hanya satu,jika tiada lagi di dunia,tiada ertinya tangisan darah sekalipun,,Oleh itu,sayangilah dan hargailah ibu anda kerana jika mereka tiada,siapalah kita di dunia ini,,Ibu kita tak memerlukan apa-apa selain penghargaan dalam bentuk kata-kata ucapan,pertolongan dan keikhlasan sebagai seorang anak,,

Ama pun nak ambil kesempatan ni nak ucapkan kata-kata,,"MA,ERAH SAYANG MAMA",,Walau apapun yang berlaku,mama hanyalah yang pertama dan terakhirnya sayang erah pada seorang ibu yang bergelar MAMA,,LOVE YOU SO MUCH,,

Tuesday, October 6, 2009

** Test SADAM (System Analysis & Design) **

Salam + Ahnyeong
^__________^

Wargh!! Agak sakit kepala ini mahu meneruskan 'perjuangan' yang hampir sampai ke penghujungnya tak lama lagi,,wah! Bermadah yang tiada makna pun buat masa sekarang ni,,hehe,,

Esok tepat pukul 10 pagi di blok EC18 (usual class,,),akan ada satu test yang dibuat oleh Encik Mohd Kamir,,Agak pening jugak ama masa ni memandangkan assignment lain iaitu semuanya
berkenaan dengan sistem (Database + Network Security) tak siap-siap lagi,,Stress siot!! *,*

Harap-harap esok dapatlah ama menjawab dengan terang dan tenang hati,,Of course harapan pertama tu nak soalan yang Encik Kamir buat tu senang je,,hua3,,Jangan jadi macam kat bawah ni sudah laa,,


:: Peningnye,,::

:: Letih pun ada memandangkan kerja yang bertimbun tak cyap2 lagi,,::

파이팅!
HWA EE TING AMA!!,,

Nur Cahaya Dari Ayat Kursi,,

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akanlari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..

Betapa mudahnya mendapat ganjaran dari Allah SWT,,Mulakanlah hari kita dengan bacaan ummul-kitab dan juga ayat kursi,,Insya-Allah kita beroleh keuntungan di sebaliknya,,WALLAHUALAM,,

Sunday, October 4, 2009

... Handphone SE Z710i ku ...

Inilah handphone yang dibeli oleh ama,,Kira hp SE inilah paling latest ama beli dan paling 1st untuk jenama Sony Erricsson,,huhu,,

Handphone SE Z710i ni kecik comel je rupanya dan dibeli oleh kakak-kakak ama yang berada di Kota Damansara (KD) masa pameran dan jualan telefon bimbit,,Semua jenama dan model ada dijual (kata kakakku) dan harga kebanyakannya adalah half-price untuk jenama Nokia dan LG,,Jenama lain-lain termasuklah Sony Erricsson ni diskaun paling banyak pun hanyalah 40%-48% je,,

Dengan keadaan yang sesak sebab ramai orang datang menjengah dan membeli handphone murah masa tu membuatkan kakak ama ni beli jela apa yang ada di depan mata,,huahuahua,,^,^


:: Inilah rupa handphone baruku tapi color yang satu lagi iaitu GOLD color,ianya takde la baru sangat handphoneku yang diberi nama SEHOT ne dah genap umurnya 3 bulan,, ::



:: SEHOT ama color macam ni lah,,memang the best dah bila ama dapat beli yang ini sebab tertarik kat handphone fold macam orang korea pakai je,,hua3,, ::

Actually yang ama minat ialah SE model T707 dan Z770i seperti kat bawah ni ha,,


:: SE T707 ::



:: SE Z770i ::

Walaupun kakak ama tak membeli yang ama suka,janji handphone SE yang fold dah cukup memadai,,Ama bersyukur sangat punya kakak yang baik dan sanggup luang masa untuk membeli handphone untuk ama,,THANX


Puasa Di Bulan Syawal


Salam,,

Dah masuk 3 minggu kita masuk bulan Syawal,,pastinya ada yang masih menyambutnya dan tak lupa juga pada yang meraikannya dalam ketika berpuasa sunat Syawal,,

Dan untuk itu jugalah ama berpuasa memandangkan bulan Syawal pun dah nak habis dan ama nak menikmati faedah berpuasa sunat Syawal ni,,Alhamdulillah setakat ini dah 3 hari puasa sunat Syawal ini,,Banyak kelebihannya dan di antaranya ialah kita dapat menahan lapar dan dahaga dalam kita dihujani dengan pelbagai dugaan dari-Nya,,Ucapkanlah kata-kata indah ketika itu kerana nescaya kita beroleh keuntungan untuk jangka masa panjang,,Subhanallah,,



:: Nama lagi puasa,musti la letih kan??Macam la si kucing 'tiut-miut' ni,,hehe,,Harap ama boleh tahan lagi untuk berpuasa sunat ini,, ::



:: Inilah makanan yang ama tengah makan tepat jam 1:20 minit pagi,,Nasi Goreng Ikan Masin + Telur goreng yang dibeli di Kafe Baru di Kafe Kak Nik,,Harga kesemuanya RM3.50 aje sebab tak ada la apa-apa yang special macam dalam gambar tu pun,,hehe,,memandangkan ama punya kabel hp ama dah hilang,,kua3,,padan muka,, ::