Monday, November 9, 2009

=-= Exam vs Sadness =-=


Salam + Ahnyeong^^

Bak kata orang,esok masih ada,,Ye,memang masih ada,,Ada apa? Ada paper yang belum terjawab lagi,,Esok dahlah paper Statistics & Probability and lusa pulak Network Security,,bagus-bagus,,apalah yang erah nak 'ukir2' atas paper tu nanti,,Hurm,,

Dari tadi airmata ni asyik mengalir je,,Duk fikir-fikir balik,dah 20 hari Papa takde,,Rindu sangat-sangat,,Apatah lagi Mama yang ada kat rumah sekarang ni,,Semalam,tanggal 8 November 2009 adalah Hari Ulangtahun Perkahwinan Papa & Mama yang ke 30,,Tapi arwah Papa tak sempat jugak nak sambut dengan birthday cake yang kami adik-beradik sepakat nak beli tahun ni,,Sedihnya,,
T__________T

Mama dari semalam before erah balik UDM pun tak kata apa-apa pasal ni,,Mama banyak diam je,,Erah faham perasaan Mama sekarang walaupun Erah tak tahu macam mana peritnya kehilangan seorang teman hidup yang mencipta segala memori dan kenangan bersama-sama,,Ma,whatever it is,kami adik-beradik sentiasa ada bersama Mama,,Kami nak jaga Mama dan Arwah Papa dari dulu lagi,,So,Mama jangan bimbang,kami adik-beradik takkan putus hubungan dan tinggalkan Mama,,Minta jauh perkara-perkara tu ye??

Mama pernah bagitahu kami yang tanpa anak-anak,Mama takkan sekuat dan segah sekarang,,Mama kuat kerana anak-anak,,Ma,you know what,I run out of tears when you say so,,Almost no tears fall from my cheek and even my eyes getting swollen because of it,,Sebab itu jugaklah kami tak tunjuk tangisan kami depan Mama,,Kami nak buat Mama happy sentiasa sampai akhir hayat Mama,,

Erah harap sangat Mama akan terus tabah dan kuat demi kami,,Kami adik-beradik yakin dengan kebolehan Mama,even kagum sangat sebab Mama tak pernah tangisi pemergian Arwah Papa depan kami,,Dan erah tahu hanya di tikar sejadah tempat Mama mengadu dan di situlah keluarnya air mata Mama,,Ma,I don't know how to say this but at that time I really wanna hug you and say,"Ma,erah kagum dengan mama,,Mama sanggup ketepikan kesedihan di hadapan anak-anakmu dan orang lain demi kerana nafkah yang dicari,,Ma,you are the best Mom in this whole universe,,I LOVE YOU,"

Erah akan buat yang sehabis baik demi keluarga kita Ma,,Harapnya,erah dapat berjaya ke arah yang erah mampu pergi dengan lebih jauh dan harapnya Mama akan sentiasa memandang erah untuk semangat jauh ke hadapan,,


No comments:

Post a Comment