Salam + ahnyeong^^,,
Alhamdulillah hari ini erah dapat mulakan hari dengan sedikit keceriaan,,Memang nampak sukar,tapi yup,kerana DIA erah dapat bangkit semula,,Terima Kasih yang tak terhingga,,
Ibarat cermin retak seribu,apa dah jadi pada kawanku seorang ini?Makin malap mukanya dan makin sakit apa yang dipendamnya,,Buat kawanku itu,tabahkanlah hadapi hari-harimu ye??Erah ada di sini selalu sebagai tempat luahanmu,,Jangan takut untuk mengatakan dan meluahkan sesuatu yang dirasakan sakit dan nyilu dalam hatimu itu,,INSYA-ALLAH,hanya DIA tempat mengadumu yang paling berkesan dan mujarab sekali penawarnya,,
Pada rakanku itu juga,ku nasihatkan juga,hadapi dugaan ini dengan secara terbuka,,Hidup ini memang ada banyak onak dan durinya,,Ini hanyalah salah satu dari-Nya buatmu,,Beribu-ribu lagi yang akan ditunjukkan padamu nanti pabila tiba saatnya,,Justeru,cekalkan hatimu dan kuatkanlah semangatmu kerana DIA akan menolongmu bila-bila masa sahaja,,
Actually erah amat kasihan pada rakan seorang ini,,Mungkin dia tidak sedar dalam perjalanannya itu ada duri yang dicucuk tanpa disedarinya,,'Durjana duri' itu ye??Tapi redhalah,,Manalah tahu ada 'kumbang' lain yang sedang menantimu??
Wah!! Jiwang karat lah ayat ni,,Entah kat mana erah dapat,,Kua3,,
^__________^
Tapi dari sini pun erah dapat sedar,manusia memang sering melakukan kesilapan,,Apa yang pasti,kita sebagai makhluk dan seorang khalifah ciptaan-Nya perlu memaafkan kesilapan manusia,,Mungkin dengan itu,ramai yang akan tabik hormat dengan kita kerana kesalahan seumpama apa sahaja dimaafkan hanya begitu sahaja,,
Yang pasti,ALLAH S.W.T sendiri telah berfirman bahawa
"Setiap yang memaafkan dan memohon ampun dengan ikhlas dan redha dengan apa yang berlaku akan pasti diberi ganjaran untuk hatinya yang IKHLAS,,"
serta
"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar bakal beroleh ganjaran mereka dengan keadaan yang tidak dapat dihitung." (Az-Zumar 39: 10)
SUBHANALLAH,,
Mohonlah keampunan dan MAAFKAN apa sahaja yang telah berlaku pada diri kita mahupun orang lain,,Nescaya perbuatan kita itu tidak ada sesalannya,,INSYA-ALLAH















No comments:
Post a Comment