Monday, January 11, 2010

--Tiada Lagi Airmata Mengalir--



안녕하세요
Hari ini terasa semangat sikit even letih dan penat tu masih membaluti tubuhku ini,,Erah nak berkongsi sedikit cerita tentang semalam,,Actually semalam lagi nak post entry ni tapi tak sempat kerana ketiadaan bekalan elektrik buat sementara waktu,,Jadi kami berempat pun sempatlah berborak-borak bersama,,Borak pasal apa tu,biarlah rahsia antara kami,,Sebab erah tak nak ada yang 'gatal' nak jadi psychotic lagi,,
:P

Semalam sebenarnya agak penat berbanding hari ini,,Ulang-alik mencari jadual baru yang hanya penukaran lecturer baru sahaja tanpa ada perubahan besar kat mana-mana,,Rasa macam best sangat bila dapat tahu lecturer English bertukar orang,,hehe,,Sorry Mr.Lim,I can't stand to you,,So do the others,,

Best sangat Madam baru kami yang mana seorang wanita dan agak peramah,,Well,she's from outsiders,that's why she's so fluent in English,,Memang totally different to my other english ma'am yang mana beliau seorang yang dikatakan open sangat-sangat,,

At first,erah dah dapat feeling,mesti ma'am ni nak suruh kitorang stand up kat depan dan bercerita hal-hal berkaitan diri sendiri yang tak kisahlah interesting or not but make sure we stand up to the front and speak,,Yeap! For sure benda yang erah teka tu semuanya betul,,Macam manalah erah nak explain tentang diri erah nanti,,Hurm,,

Masa menunggu giliran tu,rasa debaran ni makin kuat,,Actually dari apa yang erah dengar dari penjelasan member-member coursemate tu,banyak yang membuatkan erah insaf dan sedar diri,,Erah selalu fikir sedih but nevertheless I still have mom whom I loved and who had loved me,,Ada yang mengatakan mother sampai stroke half body and father dah retired,,Some cakap divorced parents and some yang lain kata no dads already because they had already gone and left them too soon,,


As I was sitting down there,dengar dan faham,erah dapat rasakan erah cukup bertuah coz erah dapat merasai kasih sayang yang cukup dari parents though diorang selalu sibuk and most important is,arwah papa still disayangi dan sayang erah sampailah erah dewasa macam ni,,Erah mula-mula fikir,"Yeah,I already have no dad,,So I just can't stand to look at people yang ada a man yang bergelar BAPA",Tapi sangkaan erah meleset sama sekali bila erah thought back,,Yeah,he's always with me,inside dalam hati ni dan dalam memori erah ni,memang tak boleh delete langsung tentang arwah Papa,,So,I knew then yang erah memang cukup disayangi dalam kesempatan yang diberi-Nya,,
THANK YOU,ALLAH!

Then,masa erah kat depan,erah boleh bercakap dan bertoleransi tanpa sebarang masalah 'airmata' dari erah,,That is the first one yang erah dapat bercakap dengan orang ramai dalam keadaan erah tak menangis,,Ma'am sendiri beritahu,
"You must think that you had not enough love,but you always do coz he still is your father and you are her daughter till the end of the day,,"

Besides,ma'am juga beritahu ada hikmah di sebalik kejadian,,Even erah kat sini just a month away after Papa's dead,she's like giving me a guide to get breathing and be more brave to be more likely erah,as who I am,,Erah rasa cukup terharu but among of it,erah paling kagum bila erah sendiri tak menjatuhkan airmata yang dikira senantiasa menitis pabila sebut sahaja pasal arwah papa,,

Honestly,yesterday I learn something with it and even today,erah lebih ceria to keep up the good life,,Walaupun sentiasa diganggu 'makhluk tak betul' tapi erah tak kisah,,Coz makhluk tu tak boleh buat apa pun,,Gone far already,so tak kisah nak buat apa pun,,Memang dasar _______________,,

Harapnya erah terus macam ni dan berjaya demi family,arwah papa dan demi erah sendiri,,
INSYA-ALLAH,,

Friday, January 8, 2010

Dunia maya yang jauh berbeza

안녕하세요

Perasan tak yang dalam kecanggihan ekonomi dan infrastruktur yang serba canggih ni kita mempunyai dua dunia yang berbeza dalam dunia sebenar (selain dunia akhirat)iaitu,
Dunia alam dan Dunia maya


Dunia yang kita jalani kehidupan seperti biasa itu berjalan seprti biasa dan adakalanya banyak 'simpang-siur' nya,,Sebab itu ramai yang ambil alternatif kedua iaitu mengenali dunia maya yang mengasyik
kan kita,,Wah!
Dah mula dah ni,,

:: Saja-saja letak,sebab tengah minum hot choc ::


Bukan apa,bagi sesetengah pihak ramai yang cakap dunia maya ni memudahkan perantaraan dan komunikasi seseorang terhadap sesuatu,,Lebih-lebih lagi dalam teknologi serba canggih ni nak kena adanya ilmu IT supaya lebih konsisten dengan peredaran masa dan perubahan zaman,,

Dalam sedar tak sedar juga,kerana dunia mayalah juga yang sentiasa membawa ramai orang jauh 'terpesong' dari sudut hakiki nya,,Inilah yang disokong oleh sesetengah pihak lain yang mana tidak dapat menyukai dan menerima campur-aduk dunia maya dan alam sebenar,,

Manakan tidak,kerana dunia maya jugalah ramai manusia 'membuang' dunia alamnya dan juga membuang masanya sebegitu sahaja dengan alam mayanya,,Sedangkan alam ini masih lagi hidup dan berpusing,kenapa harus mendepankan yang keduanya???


Huh! Panjang pulak debat erah kali ni,,Bukan apa,erah sebenarnya nak menghilangkan rasa mengantuk dan dalam masa yang sama nak berkongsi pendapat tentang ini sejak dulu lagi,,Bukan erah cakap semua orang salah sebab erah sendiri pun terjebak dengan dunia maya ni cumanya dunia ini bannyak mengaburi kita secara teknonya dan secara halusnya,,


:: Cuba kita fikir balik,kita dah sampai ke tahap yang mana?? ::


Walhal bila kita berbalik ke dunia asal kita,kita boleh menjadi diri kita yang sebenarnya,,Entahlah,,Mana-mana jelah,,

Erah nak rest blog erah ni dahulu memandangkan erah perasan yang erah ke arah alam maya ini terlalu lebih-lebihan,,

&*#!@!_@*....Pening ke??

sorry la buat yang terasa dengan entry ini,,bukan apa,,just nak cakap-cakap,,Hurm,,

Apakah perasaan anda pabila ada orang yang suka 'mengintai' anda dari jauh??Maksud erah ialah,bila ada orang psycho yang bak menunggu masa untuk memakan mangsanya,,

Bukan apa,kadang-kadang dalam fikiran erah ni terfikir jugak,apa gunanya dia post kat blog sendiri yang mengatakan bahawa dia dah jumpa 'someone' yang dia cari-cari and even post yang mana post itu sendiri 'memakan' diri sendiri,,

Tak pernah terfikir ke bahawa cara dia itu BODOH and even GILA???
hurm,,
Cakap pun tak gunalah,,Memang macam tu rupanya perangai orang GILA dan PSYCHOTIC ni,,Ada sedikit mereng dalam otak dan mungkin banyak dah 'fius-fius' yang dah rosak,jadi tak boleh nak tukar laen,,

Buat awak,saya tahu awak baca blog saya ni,,Saya takkan suruh awak sedar diri atau something yang seangkatan dengannya sebab sampai bila-bila pun awak takkan sedar diri sehingga saya kata'YES' kat awak,,Cuma awak bacalah ni ea??Baca sampai puas,baca sampai habis dan baca sampai awak boleh printscreen balik saya punya post ni dan inform kt kawan-kawan'maya' awak tu,,

Tengok ni,saya nak mula ni,,

Awak tahu tak solat fardhu 5 waktu sehari semalam?Awak tahu tak makna setiap solat yang dikerjakan??Awak tahu tak puasa yang menyebabkan kita sendiri gugurnya airmata kerana nikmat puasanya dan awak tahu tak pahala dan dosa kita berada di tahap mana??

Saya takkan cakap mungkin sebab saya tahu awak suka menjawab dan tak boleh lebih dari orang lain,sebab tu awak akan kata,
"TAK KISAHLAH"

Awak baru tengok kan?Tu baru permulaan,,Dan awak tahu tak permulaan permainan awak terhadap perasaan orang itu sudah jatuh pada DOSA?Biarpun fizikal awak yang ______ lain dari yang lain,tapi apabila seseorang mempermainkan orang lain dalam erti kata lain menyimpan,menghasut,membuli dan seangkatan dengannya (dalam semua sudut dari segi perkataan,lidah,NIAT dan so on,,) sudah membolehkan kita masuk neraka???

Mungkin awak tak tahu (ya,awak akan jawab,"saya dah tahu") bahawa apabila orang yang DIPERMAINKAN itu sendiri tidak menghalalkan segala perbuatan kita terhadapnya,maka dengan ini segala DOSANYA kita yang akan ambil dan segala PAHALA KITA akan diberinya,,

Ada awak baca al-quran tak?Mesti jarang kan?Cuba awak baca Surah Yassin dan maksudnya kembali (saya tak suruh awak buat even awak akan buat lepas ni,,) dan awak bacalah dalam keadaan BERSIH yakni dalam keadaan berwudhuk dan ISTIQAMAH,,Nescaya awak akan percaya setiap bait-bait kata dalam surah tersebut (even saya tahu yang awak akan cakap,"Saya dah tahu dan selalu baca),,

Setiap manusia di atas muka bumi ini sama,,Ya,ALLAH S.W.T sendiri yang berfirman,,Tetapi jangan sebab ini dijadikan sandaran buat awak yang ___________ untuk melakukan sesuatu di luar kawalan yakni tidak mengikut KEMAMPUAN dan KEMAHUAN demi KEPENTINGAN diri sendiri,,Awak tahu tak yang kaum ADAM ini lebih besar tanggungjawabnya dari kaum HAWA??Dan awak sedar tak betapa susahnya kaum ADAM untuk masuk syurga? Saya tak kata yang saya akan masuk syurga (WALLAHUALAM....) akan tetapi diri awak sebagai seorang lelaki yang ___________,awak sedar tak KEMAHUAN awak melebihi KEMAMPUAN awak sebagai seorang lelaki??

Ya,saya tahu awak akan cakap,
"Saya faham dan saya tahu kekurangan diri saya ni"

Tetapi awak tahu tak,sedangkan lelaki yang ingin berkahwin itu perlunya ada KEMAMPUAN diri sendiri atas KEHENDAK atau KEMAHUAN dirinya dan bertindak mengikut rangsangan akalnya? (saya faham,awak akan cakap,"Saya dah tahu lah!",Mungkin sedikit marah sebab semua benda saya cakap awak faham,,)

DOSA dan PAHALA kita memang tak nampak tapi jangan disebabkan perkara kecil pun kita 'kena',,Satu lagi awak mesti tahu perkataan ni,"MENJAGA TEPI KAIN ORANG"

Saya tahu,awak akan cakap,,
"Nak sindir akulah tu,nak kata benda bukan-bukan,"
or
"Aku TAK KESAH pe orang nak cakap"

Tapi saya faham bila awak cakap macam tu sebab awak pun tergolong dalam kategori yang sama,,Cuma awak lebih dari perempuan sikit sebab awak __________ siap pasang telinga lagi dan apa yang awak dengar tu jugaklah awak inform pada orang,,Hai,berapa banyak nak tambah dosa lagi ni?Rasanya awak tak cukup lagi kot?Yelah,sebab tak ada CERMIN untuk MUHASABAH DIRI dan _________ diri sendiri,,Hurm,susah jugak awak ni ea??

Tapi tak mengapa,sebab saya tahu awak kan jenis TAK KISAH,kenapa awak nak kisahkan dengan apa yang orang cakap kat awak kan??Even saya post ni,mestilah awak TAK KISAH jugak kan??Tapi,kalau awak inform jugak kat orang or even printscreen yang saya punya ni kat blog awak tu,nak dikira tak kisah jugak ke???Hurm,kenapa awak nak rasa hati pulak ea??Pelik saya,macam ______________ je orangnya,,Sekali cakap TAK KISAH tapi sekali lagi tunggang terbalik pulak,,Kelakar awak punya tabiat ni,macam saya punya ____________ je,,

Before saya end up saya punya post ni,saya nak cakap banyak lagi tapi tak ada masa pulak,,Memandangkan awak tahu diri awak sebenarnya or maybe awak tahu tapi buat-buat tak tahu,,

Saya cuma nak ingatkan awak,hidup kita tak lama atas dunia ni,Dari hidup kacau-bilau dan kacau-bilaukan rumahtangga orang,baiklah kita fikir-fikirkan dan tengok balik apa kita punya kelemahan,,Jangan tanya diri sendiri "Apa salah aku?" tapi tanyalah diri sendiri dengan,"Berapa banyak dosa sudah ku buat??"

Tak pun awak tanya budak kelas especially perempuan sebab diorang amat 'pakar' tentang awak,,(saya tahu,awak mesti takkan buat yang ini punya! Kalau buat pun sebab awak rasa t'igat2 apa yang saya cakap ni dan terasa sakit je) macam mana diri awak yang sebenarnya,,Jangan lupa,sediakan tisu sebelum bertanya,,

Satu lagi awak,saya tak kisah awak selidik saya sampai ke lubang cacing tanah pun,,Sebab saya tahu saya berhak ke arah mana dan saya tak mahu ianya makan diri saya sendiri dari duduk memikirkan kenapa saya kena kacau dengan orang abnormal macam awak selalu,,Sebab tak ada gunanya jugak,,Kita akan menuju ke jalan yang sama nanti dan saya,sampai bila-bila pun tak kisah awak buat macam mana sebab awak memang sejak azali macam tu dan hanya awak yang mampu ubahkan diri awak yang suka bermimpi kosong tu,,
SEDAR-SEDAR lah ya?Tak 'lama' dah,,Nama awak pun dah ada pada lawyer dan polis baru-baru ni,,Hehe,,Mesti awak suka kan???Naik nama tu,,

Hurm,apa-apa pun,nanti saya post kan lagi dengan lebih jelas tentang hukum-hakam ni,,Saya kena tanya lawyer saya dulu,,Terima kasih awak sebab awak baca jugak sampai habis dengan bermacam-macam perasaan (saya tahu,mungkin awak nak anta msg pasne or inform kat orang pasne,,Tak apa,buatlah,,)

Tuesday, January 5, 2010

Entry Terbaruku.....


Salam + ahnyeong haseyo!!
^O^

Lama dah erah tak update blog erah ne,,Maaf yang amat terutamanya buat kawan-kawan yang jauh nun di sana(sape ea??!,,) yang masih membaca setiap post ku ini,,Juga buat pembaca yang masih tidak mengenaliku tetapi tetap terus menatap blogku yang bagiku adalah serba kekurangan,,
TERIMA KASIH!!

Sebenarnya tak nak cakap panjang,just nak memberitahu serba sedikit life erah di 'tempat baru',,huhu,,Ya! Tempat baru yang penuh aman dari segala 'cengkaman penjajah' yang selama ini sentiasa mengganggu erah dalam diam-diam,,
ALHAMDULILLAH,,

Ha,ni nak cerita pasal orientasi dan memori saat menjejakkan kaki ke alam baru,,huhu,,Keadaan kat sini boleh dikatakan hebat jugak la dari udm (certain2 part laa,,),,Walau apa sekalipun,udm sentiasa bermain di ingatan erah ne,,Thnx for those memories yang erah dapat ketika berada di sana,,

Erah bersyukur sangat sebab dapat berjumpa jugak dengan kawan lama masa di KOMSTAR iaitu Najihah a.k.a Nana! After 4 years we're not seeing each other,kiranya inilah first time kami dapat bertemu mata dan paling dahsyatnya,kamilah coursemate,kamilah classmate dan kamilah roomate bersama!!hahaha,,ALHAMDULILLAH,,ALLAH Maha Mendengar,,

Hani (udm),Nana ada tanya pasal hani jugak,,Dia kata lama tak dengar cerita hani,,Dah lost dah sekarang,,So,erah bagi no hani kat dia,,Hopefully dapat lah contact nanti,,



:: Kandid with Misz Nana and Adeq Iefa ::


:: Kami masih bertiga!Ya! Nana kini makin ayu!!! ::

Inilah yang sempat erah nak post kat entry terbaru ne,,Ada masa,lain kali erah post lain pulak,,Disebabkan masa yang terlalu singkat dan ada kerja yang bertimbun,so tak dapat nak online lama-lama,,huhu,,