안녕하세요
Perasan tak yang dalam kecanggihan ekonomi dan infrastruktur yang serba canggih ni kita mempunyai dua dunia yang berbeza dalam dunia sebenar (selain dunia akhirat)iaitu,
Dunia alam dan Dunia maya
Dunia yang kita jalani kehidupan seperti biasa itu berjalan seprti biasa dan adakalanya banyak 'simpang-siur' nya,,Sebab itu ramai yang ambil alternatif kedua iaitu mengenali dunia maya yang mengasyik
kan kita,,Wah!
Dah mula dah ni,,

:: Saja-saja letak,sebab tengah minum hot choc ::
Bukan apa,bagi sesetengah pihak ramai yang cakap dunia maya ni memudahkan perantaraan dan komunikasi seseorang terhadap sesuatu,,Lebih-lebih lagi dalam teknologi serba canggih ni nak kena adanya ilmu IT supaya lebih konsisten dengan peredaran masa dan perubahan zaman,,
Dalam sedar tak sedar juga,kerana dunia mayalah juga yang sentiasa membawa ramai orang jauh 'terpesong' dari sudut hakiki nya,,Inilah yang disokong oleh sesetengah pihak lain yang mana tidak dapat menyukai dan menerima campur-aduk dunia maya dan alam sebenar,,
Manakan tidak,kerana dunia maya jugalah ramai manusia 'membuang' dunia alamnya dan juga membuang masanya sebegitu sahaja dengan alam mayanya,,Sedangkan alam ini masih lagi hidup dan berpusing,kenapa harus mendepankan yang keduanya???
Huh! Panjang pulak debat erah kali ni,,Bukan apa,erah sebenarnya nak menghilangkan rasa mengantuk dan dalam masa yang sama nak berkongsi pendapat tentang ini sejak dulu lagi,,Bukan erah cakap semua orang salah sebab erah sendiri pun terjebak dengan dunia maya ni cumanya dunia ini bannyak mengaburi kita secara teknonya dan secara halusnya,,

:: Cuba kita fikir balik,kita dah sampai ke tahap yang mana?? ::
Walhal bila kita berbalik ke dunia asal kita,kita boleh menjadi diri kita yang sebenarnya,,Entahlah,,Mana-mana jelah,,
Erah nak rest blog erah ni dahulu memandangkan erah perasan yang erah ke arah alam maya ini terlalu lebih-lebihan,,















No comments:
Post a Comment