Sunday, October 25, 2009

^^Ke UDM ^^

Salam,,

ALHAMDULILLAH petang tadi erah selamat tiba di UDM,,Walaupun masih dalam berdukacita,apakan daya,ALLAH menyayanginya terlebih dahulu,,Dan walau berat hati meninggalkan mama di kala keseorangan bertemankan AINA ASHIFA,mama memberitahu supaya Erah melangkah ke UDM dahulu dan habiskan dahulu pelajaran di sini kerana kata mama,"Mama tidak keseorangan,"

Alangkah sedih hati erah pabila mama meluahkan kata-kata sedemikian,,Mama menyuruh anak-anaknya menghabiskan pelajaran walau ada beribu-ribu halangan di hadapan mata,,SUBHANALLAH,,Mama adalah mama yang terbaik buat erah,,

Oh ya,kali ini nama ama digantikan dengan nama ERAH(IRAH) memandangkan nama itulah yang selalu dipanggil dalam keluarga,,Dan tak lengkap bila tak menggunakannya setelah sekian lama,,

Erah terlebih dahulu nak minta maaf buat Kak Keem dan Biha yang telah bertungkus-lumus membuat projek sistem,,Tanpa mereka,tak tahulah apa nak jadi,,Terutamanya buat Kak Keem,ada sahaja halangan bila bersama erah kan??Terima kasih kerana memahami,,Dan buat kawan-kawan coursemateku yang datang waktu pemergian papaku,TERIMA KASIH yang tak terhingga,,Dan MAAF jua dipohon kerana tidak menjemput ke tahlil yang dibuat,,

Hurm,berbalik pada cerita asal,erah sekarang ini bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berada di atas bumi dan dapat menjaga mama,,Pemergian arwah papa juga memberi ruang untuk mengenal saudara sebelah arwah papa yang dilihat agak jauh bezanya dengan kami memandangkan arwah papa adalah anak ke-10 dari 11,,Jadi,sepupu-sepapak dah cukup dewasa sehinggakan erah sendiri dah ada lebih dari 10 orang cucu sepupu!,,

Sebut pasal budak kecil ni,memang teringat kat anak buah sebab walaupun baru berumur 11 hari pada hari ini,AINA ASHIFA atau mesra dengan panggilan AIN memang cukup mengujakan erah sekeluarga,,AIN tak menangis kuat pun,cuma menangis sikit masa time nak susu ibunya,,Kelakar pun ada,,Bila tengok AIN teringat arwah papa yang sempat memegangnya ketika berusia 4 hari selepas balik dari KL,,Arwah juga seringkali memanggil AIN,jadi kami bersepakat memanggil AINA dengan hanya panggilan AIN,,Itulah al-kisahnya si cilik AIN ni,,

:: Kandid dak tecik before balik UDM ::


:: AIN!! Cik Ama rindu bangat sama kamO!! ::

== Pemergian Ayahanda ==

Tanggal 20 Oktober 2009 tepat jam 6.15 p.m.,Papa telah menghembuskan nafas terakhirnya di perkarangan Stadium Negeri dikelilingi rakan-rakan sepejabat,,Pemergian papa amat mengejutkan kerana tiada tanda-tanda papa sakit hatta demam sekalipun,,Memang cukup mengejutkan kami sekeluarga tambah-tambah lagi mama ama yang bergelar seorang isterinya,,

Mama amat mengujakan kami adik-beradik,,Di kala itu,mama menahan segala air mata dari tumpahnya ia sejak dari hari pertama ketiadaan papa,,Arwah papa dikatakan sesak nafas selama 10 minit selepas bermain badminton bersama rakannya,,Disebut juga arwah papa diberi CPR 5 kali tetapi tidak menjadi kerana Papa diserang jantung saat itu,,

Abg Aghi menjadi pengganti kepada arwah Papa,,Dan mama,ya,mama makin diselubungi kerinduan setelah saudara-mara makin meninggalkan rumah,,Rumah 2 tingkat dirasai kosong dan amat pudar,,Segala macam benda terasa susah dan payah hendak dilaksanakan kerana selama ini,arwah Papa melakukan segala-galanya,dari A-Z,,Kasihan pada mama dan kasihan jua pada Abg Aghi,,

Pemergian Papa memang mengejutkan tetapu kami mendapat banyak pengajaran dan terasa indahnya kerana arwah Papa meninggal dunia dalam keadaan yang suci dan bersih sehinggakan terukirnya senyuman di bibirnya,,MASYA-ALLAH,SUBHANALLAH!,,

Memori kami sekeluarga tetap terpahat di ingatan walau apa pun terjadi kerna kami tahu,di sudut hati dan di lubuk sanubari kami masih adanya 'Papa' yang menjadi pendokong dan pendorong buat masa depan,,INSYA-ALLAH,,Erah akan buat apa yang disuruh oleh Papa sebelum ini dan erah akan tunaikan janjimu Pa,,Erah selalu berdoa agar arwah Papa ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan syurga tempatmu Pa,,INSYA-ALLAH,,

Tangisan mama biarpun kami tidak nampak,Erah akan pastikan ianya digantikan dengan kegembiraan dalam keluarga kita Pa,,INSYA-ALLAH,,Mudah-mudahan,dengan adanya buah hati baru dalam keluarga yakni AINA ASHIFFA akan memberikan tawa dan gembira dalam kehidupan seharian kami,,INSYA-ALLAH,,

AL-FATIHAH buat PAPA

Tuesday, October 20, 2009

Keletihan vs Kesukaran??

Salam + Ahnyeong^^

Hari ini ama terasa amat malas,,Entahlah,sejak dua menjak ni,asyik nak tidur je,letih apa pun tak tahu,,Nak kata buat kerja banyak pun takdelah sangat,,Makin malas nak buat ada la,,Tambah-tambah,sistem belum pun siap,,Kata Kak Keem,ama ngn biha buat bahagian report sebab susah bila ramai buat sistem,,Kesian pulak kat Kak Keem,,Nanti kitorang buat sama-sama,ea??

Memang minggu ni dah sampai kemuncaknya rasa kesukaran tak kiralah apa sahaja benda yang perlu dibuat atau tidak,,Rasanya,semua orang pun macam tu,,Tak kiralah coursemate ama ke,classmate ke even roomate,,

Harap-harap nak final dah tak lama lagi ni takdelah rasa sukar pada tahap maksimum jugak memandangkan dah lebih energy yang kitorang gunakan just untuk buat assignment dan juga presentation sistem nanti,,Inipun extra energy yang ada kira-kira 20-38%,,haha,,

Andaikata payah jugak masa final tu,alamatnya,SAKITLAH KEPALA!!! Wish to all my friends,,"ALL THE BEST AND HWA EE TING (FIGHTING)!!,,"
^___________________^

Sunday, October 18, 2009

Berduka Tapi Ada Sinar Gembira

Salam + Anyeong^^

Anak buahku yang pertama!! Yay~~!! Seorang puteri telah selamat dilahirkan tanggal 14 Oktober 2009 yang lalu,,Dan pada hari itu jugalah,genap setahun pemergian arwah che ku (nenek),,Memang terasa sangat suatu keajaiban yang mana setahun yang lalu,kesedihan melanda dan untuk kali ini,ALLAH S.W.T telah memberi kegembiraan untuk seluruh keluargaku,,ALHAMDULILLAH,,

Hari ni dah 4 hari umur anak buahku yang sulung dan beratnya,hurm,3.46 kg!!hehe,,Abangku dan Kak Fidah memberi nama puterinya itu AINA ASYIFA yang memberi erti "Permata Hatiku",,Rasanyalah,,hehehe,,Rindu tau nak tengok anak buah sebab ama memang tak berkesempatan langsung masa dia mula-mula dilahirkan,,Sekarang dah puas sikit sebab dah dapat tengok muka si bucuk yang comey di Durian Burong on the way balik rumah dari KL tadi,,


:: Aina Asyifa,permata hati kami sekeluarga,,hehe,,::

Ama harap sangat Aina akan jadi ratu hati buat family dia dan juga keluarga besar kami,,Harapnya Aina sentiasa sihat,INSYA-ALLAH,,dan kehidupan di masa hadapannya cerah,,INSYA-ALLAH,,

!!!~Sambut Deepavali??~!!!

Salam + Ahnyeonghaseyo,,

Hari ini dan pada jam sekarnag (9:12 p.m.) ama telah selamat berada di UDM,,ALHAMDULILLAH,,Apa yang pasti ama tentunya bawa cerita untuk dikongsi bersama-sama,,

Ama bertolak ke Damansara,Selangor sebab nak pergi rumah kakak-kakak kat sana,,Actually nak visit mereka dan saudara di Wangsa Maju serta membawa Kak Amy untuk rawatan matanya yang dikatakan makin teruk sekarang ini,,Kami sekeluarga sempat la pergi ke perkarangan Stadium Malawati,Damansara after ke Nilai,Negeri Sembilan dan juga Umbai,Melaka,,hehe,,

Jumpa la tempat PERMATA HIJRAH yang dikhususkan untuk penjagaan mata,,Kesian jugak tengok Kak Amy yang macam dah 'menderita' sangat bila buat percubaan free tu,,Tapi after tu,lega sikit katanya,,Kira after this,tak adalah susah-susah nak pergi hospital swasta untuk mata dia tu,,INSYA-ALLAH,,
^___________^

Time kat KL pulak,ama sempat la pergi SOGO (tempat biasa ama and family,,) dan meninjau banyak jugak 'things' yang menarik perhatian ama,,Ama sempat la membeli turtle-neck 100% cotton dan juga sepasang kasut,,hehe,,Macam biasa,favourite ama,,Tapi sayangnya,ama tak singgah pulak ke Low Yat Plaza,,Maaf ya Kak Eyja sebab tak dapat membeli external,,huhu,,



:: Kasut baruku,,Carlo Rino yang berharga RM55.20 after less 30%,,Comel dan ama akan bawa dan pakainya di lain masa memandangkan tak lama lagi akan cuti lama after final,,::

:: Baju turtle-neck yang baru jenama FOREST Jeans Company berharga RM63.92 after less 20%,,100% cotton tu,memang ama suka!!,, ::

Ini jelah yang ama mampu beli untuk kepuasan diri memandangkan ama tak dapat pergi Plaza Low Yatt untuk membeli barangan lain,,hehe,,Apa-apa pun,ama nak ucapkan terima kasih buat mama dan papa yang provide jugak duit selama berada di Selangor,KL,Melaka dan Negeri Sembilan,,

Ama tahu,tanpa mama papa,ama takkan dapat makan sedap(Seafood,dan seumpamanya,,) dan takkan dapat beli apa-apa sebagai buah tangan untuk diri sendiri,,So,ama nak berterima kasih kat mama papa yang selalu memberikan kebahagiaan bukan dari duit sahaja malahan dari kebahagiaan kasih sayang,,Sayang mama and papa!!

Monday, October 12, 2009

--- Lintasan Longkang??? ---

Salam + Ahnyeong ha seyo^^,,

Wah!,,Ari ni ama rasa segar sikit lepas tidur dengan nyenyaknya semalam,,Memanglah nyenyak sebab pukul 9.30 p.m. dah tidur pun,,Ama kena migrain semalam,itu yang menyebabkan kepala 'mereng' kejap sebelah kiri ni,,huhu,,Sakit tu jangan cakap la,memang tak tahan,mujur ada panadol Milidon 650,telan satu biji je dah terus mengantuk,,

Kesian jugak dekat Kak Keem sebab sebenarnya hajat nak bincang Sistem malam semalam dalam bilik dia,,Tapi sakit kepala ama ni menyerang tiba-tiba,,Ni pun masih terasa kesan semalam yang tak habis lagi,,huhu,,

Tadi petang baru je nak menyeronokkan diri ini,dapatlah satu mesej bahawa kena hantar report yang Network Security tu petang tadi jugak before pukul 4 p.m. Ama pun apa lagi,terus edit yang kerja sebelum tu,mujurlah sempat menghantarnya,,Berdebar je bila buat assignment Encik Faisal ni,teruja pun ada,,Kua3,,^_____________^

Apa-apa pun ama nak ucap terima kasih kat Cik Tqah @ Cik Alien yang sudi mem'print'kan report ama,,Thanks Alien,,Lepas hantar report tu,ama tak terus balik bilik,ama pergi HEPA jap amek duit dan pergi kat Kedai Great IT Services kat depan jap,,Ama pun belilah kabel USB 2.0 (2 head) untuk external hard drive ama dan jugak Card Reader (15 functions),ambik kau!! Baru rasa puas sikit sebab dah lama niat nak membelinya tu memandangkan ama punya kabel external tu ada masalah dan juga nak baca memory card handphone Sony Erricsson ni,,hua3,,

Ama bukan nak cerita yang ini sebenarnya nak cerita tentang kawasan yang ama lalui sepanjang pergi ke HEPA tu,,Laluan sebelah masjid tu memang panas then ama ambil jalan shortcut iaitu laluan 'berbahaya' la jugak,,Takut sebab longkang yang besar dan jalan yang sempit,,Pulak tu nak melintas tu ada titian besi saluran air je,,Kalau tiada yang itu,tiada la susah-susah nak lalu,,


:: Inilah titian saluran paip yang bukan setakat ama,malahan dah ramai rasanya lalu dekat sini,,::

:: Perasan tak laluan tepi pun dah kecik,longkang pulak besar,cuba bayang kalau kita pakai selipar licin??Huh! Memang cari nahas la orang tu!!,,::

Walau apa pun,ama selamat juga melintasi pergi dan balik melalui jalan shortcut tu,,Bila tengok jalan tu,ama teringat sesuatu,,Kita boleh je nak melintasi jalan yang panjang walau jaraknya hampir sama dengan lintasan jalan yang pendek,,Tetapi bila kita melalui jalan yang pendek,janganlah kita takut untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan yang berada di setiap laluan dan setiap masa kerana ianya jua pasti berada di jalan yang panjang,,Kerana itu kita perlu teruskan perjalanan tanpa memandang ke belakang,,Fikir-fikirkanlah,,
\(^O^)/

Selamat Menuju Ke Hadapan

Saturday, October 10, 2009

|| Persembahan Untuk Diri Sendiri ||

Salam + Ahnyeong,,

Wah!,,Dah lepas sikit rasa sakit kepala ni memandangkan Crpto System dan Test SADAM sudah berakhir,,Akan tetapi,perjuangan tetap diteruskan dengan Textbook Borrowing System (Database + SADAM) dan jugak configure IDS or Honeypot dengan menggunakan peng'install'lan OS Linux,,

Agak sakit jugak tu memandangkan laptop ama ni jenis ACER yang biasa sahaja dan lepas buat benda tu semua dan present seorang-seorang depan En.Faisal,kena pulak format dengan OS Windows,,Tak ke sakit kepala??Memandangkan itu semua satu tugas,ama akan buat jugak lah,,Lagipun nak final dah tak lama lagi so kenalah buat cepat-cepat,,

Lupa pulak,kat bawah ni ama nak paparkan sedikit gambar yang diambil,,hehe,

Tanggal 1 Oktober 2009~Dalam kelas GB13 sedang-sedang menunggu Encik Azrul masuk,sempatlah ama men'kandid' mana yang perlu,,kua3,,


::Gaya baru untuk diperkenalkan,,haha,,Tiut la budak ama ni,,kah3,,::

:: Ama dengan Cik Tiqah (or should I call her Alien??,,hehe,,)

:: Tengah kandid Tqah dengan Honey (Hani) je sebenarnya,tapi yang belakang tu pulak posing lebih,, ::

Tanggal 4 Oktober 2009~Dalam Kelas Hubungan Etnik,,Kawan-kawan yang posing,,<^,^>



:: L-R,,Cik Zarith,Miss Tain and Dek Ainie (tecik je dia ni,,hehe,,) ::

Tanggal 8 Oktober 2009~Di Lab Multimedia,,Ama melepaskan rasa kebosanan yang sementara,,lol ^_______________^


:: Di corner belakang Lab Multimedia yang penuh dengan gambar-gambar gumbira,, ::

:: Dengan buah strawberry yang agak 'sweet' pada ama,, ::

:: Crystal ball,beat my chubby face!!,,lol ^_________^ ::

:: Kebuluran ni,,Sate Jabi beat the rest!! ::


:: Pemandangan yang menyakitkan mata ama sendiri!!,,Hua3,, ::

Inilah sedikit sebanyak gambar yang dah lama ama nak ambik guna posing macam ni,,Bila dah sekali buat,memang selalulah ama gunakannya,,

Kawan-kawan,posinglah dan bergayalah untuk diri anda sendiri sebab itu akan memberikan semangat dan memberikan sekuntum senyuman untuk diri anda dan juga luahan diri anda yang diterjemahkan bukan dari percakapan mahupun pergerakan tetapi dari bahasa badan anda sendiri,,Cubalah terjemahkan diri anda hari ini juga!!






Friday, October 9, 2009

Baby Oh Baby,,Mama Oh Mama!!

Salam + Ahnyeong,,

Lama tak dengar berita tentang kakak ipar ama yang dah nak bersalin tu,,Tak silap ama la,dia patut due minggu ni tapi tak keluar-keluar jugak,,Doktor pun nak pegang dia suruh stay je kat hospital tetapi dia tak nak,,Takpelah,Insya-ALLAH,sampai masa nanti,keluar la anak saudara ama yang first tu,,hehe,,
^_______^

Cakap pasal baby ni,ama ada sepupu baru,,huhu,,Mak saudara ama akhirnya selamat melahirkan seorang bayi lelaki (akhirnya!,,) yang diberi nama Nik Mohd Kamil bin Nik Mahmood,,Seronok dapat tengok dia yang masih berumur 39 hari masa datang di kampung ama pada Hari Raya pertama,,



:: Nik Mohd Kamil,anak lelaki pertama dan paling bongsu dalam family Ayah Do and Cik Za ama ::



:: Kamil ni diam je even orang yang dipegang tu tidak dikenalinya,,Memang best,, ::

Ceh! Macam lebih-lebih la pulak ama ni,,Ama memang suka baby-baby ni,,Kalaulah diberi untuk jaga baby-baby,memang ama sanggup jaga,,Bak kata orang tua-tua dan mama ama sendiri,"Bayi-bayi ni memberi ketenangan,keceriaan dan kebahagiaan dalam hidup seseorang,tambah-tambah lagi ibu pada anak itu sendiri yang mengandungkannya,melahirkannya dan menjaganya",,

Dari sini ama memang amat sedar dan menitis air mata jugak bila kita macam dapat merasai kesakitan dan kesusahan yang dialami oleh seorang ibu,,Mengertilah,Ibu kita hanya satu,jika tiada lagi di dunia,tiada ertinya tangisan darah sekalipun,,Oleh itu,sayangilah dan hargailah ibu anda kerana jika mereka tiada,siapalah kita di dunia ini,,Ibu kita tak memerlukan apa-apa selain penghargaan dalam bentuk kata-kata ucapan,pertolongan dan keikhlasan sebagai seorang anak,,

Ama pun nak ambil kesempatan ni nak ucapkan kata-kata,,"MA,ERAH SAYANG MAMA",,Walau apapun yang berlaku,mama hanyalah yang pertama dan terakhirnya sayang erah pada seorang ibu yang bergelar MAMA,,LOVE YOU SO MUCH,,

Tuesday, October 6, 2009

** Test SADAM (System Analysis & Design) **

Salam + Ahnyeong
^__________^

Wargh!! Agak sakit kepala ini mahu meneruskan 'perjuangan' yang hampir sampai ke penghujungnya tak lama lagi,,wah! Bermadah yang tiada makna pun buat masa sekarang ni,,hehe,,

Esok tepat pukul 10 pagi di blok EC18 (usual class,,),akan ada satu test yang dibuat oleh Encik Mohd Kamir,,Agak pening jugak ama masa ni memandangkan assignment lain iaitu semuanya
berkenaan dengan sistem (Database + Network Security) tak siap-siap lagi,,Stress siot!! *,*

Harap-harap esok dapatlah ama menjawab dengan terang dan tenang hati,,Of course harapan pertama tu nak soalan yang Encik Kamir buat tu senang je,,hua3,,Jangan jadi macam kat bawah ni sudah laa,,


:: Peningnye,,::

:: Letih pun ada memandangkan kerja yang bertimbun tak cyap2 lagi,,::

파이팅!
HWA EE TING AMA!!,,

Nur Cahaya Dari Ayat Kursi,,

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akanlari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..

Betapa mudahnya mendapat ganjaran dari Allah SWT,,Mulakanlah hari kita dengan bacaan ummul-kitab dan juga ayat kursi,,Insya-Allah kita beroleh keuntungan di sebaliknya,,WALLAHUALAM,,

Sunday, October 4, 2009

... Handphone SE Z710i ku ...

Inilah handphone yang dibeli oleh ama,,Kira hp SE inilah paling latest ama beli dan paling 1st untuk jenama Sony Erricsson,,huhu,,

Handphone SE Z710i ni kecik comel je rupanya dan dibeli oleh kakak-kakak ama yang berada di Kota Damansara (KD) masa pameran dan jualan telefon bimbit,,Semua jenama dan model ada dijual (kata kakakku) dan harga kebanyakannya adalah half-price untuk jenama Nokia dan LG,,Jenama lain-lain termasuklah Sony Erricsson ni diskaun paling banyak pun hanyalah 40%-48% je,,

Dengan keadaan yang sesak sebab ramai orang datang menjengah dan membeli handphone murah masa tu membuatkan kakak ama ni beli jela apa yang ada di depan mata,,huahuahua,,^,^


:: Inilah rupa handphone baruku tapi color yang satu lagi iaitu GOLD color,ianya takde la baru sangat handphoneku yang diberi nama SEHOT ne dah genap umurnya 3 bulan,, ::



:: SEHOT ama color macam ni lah,,memang the best dah bila ama dapat beli yang ini sebab tertarik kat handphone fold macam orang korea pakai je,,hua3,, ::

Actually yang ama minat ialah SE model T707 dan Z770i seperti kat bawah ni ha,,


:: SE T707 ::



:: SE Z770i ::

Walaupun kakak ama tak membeli yang ama suka,janji handphone SE yang fold dah cukup memadai,,Ama bersyukur sangat punya kakak yang baik dan sanggup luang masa untuk membeli handphone untuk ama,,THANX


Puasa Di Bulan Syawal


Salam,,

Dah masuk 3 minggu kita masuk bulan Syawal,,pastinya ada yang masih menyambutnya dan tak lupa juga pada yang meraikannya dalam ketika berpuasa sunat Syawal,,

Dan untuk itu jugalah ama berpuasa memandangkan bulan Syawal pun dah nak habis dan ama nak menikmati faedah berpuasa sunat Syawal ni,,Alhamdulillah setakat ini dah 3 hari puasa sunat Syawal ini,,Banyak kelebihannya dan di antaranya ialah kita dapat menahan lapar dan dahaga dalam kita dihujani dengan pelbagai dugaan dari-Nya,,Ucapkanlah kata-kata indah ketika itu kerana nescaya kita beroleh keuntungan untuk jangka masa panjang,,Subhanallah,,



:: Nama lagi puasa,musti la letih kan??Macam la si kucing 'tiut-miut' ni,,hehe,,Harap ama boleh tahan lagi untuk berpuasa sunat ini,, ::



:: Inilah makanan yang ama tengah makan tepat jam 1:20 minit pagi,,Nasi Goreng Ikan Masin + Telur goreng yang dibeli di Kafe Baru di Kafe Kak Nik,,Harga kesemuanya RM3.50 aje sebab tak ada la apa-apa yang special macam dalam gambar tu pun,,hehe,,memandangkan ama punya kabel hp ama dah hilang,,kua3,,padan muka,, ::

>> The New <<

Salam + Ahnyeong^^,,

Buat pembaca dan rakan sekalian,terima kasih kerana sudi membaca blog ama ni,,By the way,buat yang tidak mengenali,boleh memanggil dengan nama panggilan 'AMA' or 'AKMA',,Hopefully blog ini tidak akan mencetuskan kontroversi yang amat menyakitkan hati ama baru-baru ini,,

Wish me the very best untuk blog baru kali ini,,check out my second blog dengan klik di bawah,,Update untuk di blog tersebut hanya akan mengetengahkan beberapa perkara penting di dalamm dunia khayalanku iaitu KOJACHI sahaja,,Sebarang request terhadap KOJACHI amat dihargai dan ama akan cuba sedaya upaya menyelesaikannya,,Harap Maklum,,

@ Salam Perkenalan untuk Dunia Baruku, HOTT CASS DIGNITY @