Sunday, October 25, 2009

^^Ke UDM ^^

Salam,,

ALHAMDULILLAH petang tadi erah selamat tiba di UDM,,Walaupun masih dalam berdukacita,apakan daya,ALLAH menyayanginya terlebih dahulu,,Dan walau berat hati meninggalkan mama di kala keseorangan bertemankan AINA ASHIFA,mama memberitahu supaya Erah melangkah ke UDM dahulu dan habiskan dahulu pelajaran di sini kerana kata mama,"Mama tidak keseorangan,"

Alangkah sedih hati erah pabila mama meluahkan kata-kata sedemikian,,Mama menyuruh anak-anaknya menghabiskan pelajaran walau ada beribu-ribu halangan di hadapan mata,,SUBHANALLAH,,Mama adalah mama yang terbaik buat erah,,

Oh ya,kali ini nama ama digantikan dengan nama ERAH(IRAH) memandangkan nama itulah yang selalu dipanggil dalam keluarga,,Dan tak lengkap bila tak menggunakannya setelah sekian lama,,

Erah terlebih dahulu nak minta maaf buat Kak Keem dan Biha yang telah bertungkus-lumus membuat projek sistem,,Tanpa mereka,tak tahulah apa nak jadi,,Terutamanya buat Kak Keem,ada sahaja halangan bila bersama erah kan??Terima kasih kerana memahami,,Dan buat kawan-kawan coursemateku yang datang waktu pemergian papaku,TERIMA KASIH yang tak terhingga,,Dan MAAF jua dipohon kerana tidak menjemput ke tahlil yang dibuat,,

Hurm,berbalik pada cerita asal,erah sekarang ini bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berada di atas bumi dan dapat menjaga mama,,Pemergian arwah papa juga memberi ruang untuk mengenal saudara sebelah arwah papa yang dilihat agak jauh bezanya dengan kami memandangkan arwah papa adalah anak ke-10 dari 11,,Jadi,sepupu-sepapak dah cukup dewasa sehinggakan erah sendiri dah ada lebih dari 10 orang cucu sepupu!,,

Sebut pasal budak kecil ni,memang teringat kat anak buah sebab walaupun baru berumur 11 hari pada hari ini,AINA ASHIFA atau mesra dengan panggilan AIN memang cukup mengujakan erah sekeluarga,,AIN tak menangis kuat pun,cuma menangis sikit masa time nak susu ibunya,,Kelakar pun ada,,Bila tengok AIN teringat arwah papa yang sempat memegangnya ketika berusia 4 hari selepas balik dari KL,,Arwah juga seringkali memanggil AIN,jadi kami bersepakat memanggil AINA dengan hanya panggilan AIN,,Itulah al-kisahnya si cilik AIN ni,,

:: Kandid dak tecik before balik UDM ::


:: AIN!! Cik Ama rindu bangat sama kamO!! ::

No comments:

Post a Comment