Wednesday, December 23, 2009

Dah tak lama dah,,,,,

Salam + Ahnyeong^^,,

Entry post erah ne kira last la berada di rumah,,Sebab tak lama lagi erah akan berada di tempat lain,,huhu,,

Dah dirisik dan erah dah terimanya,,Alhamdulillah,,Terima kasih awak!,,Sebab awak sentiasa buat saya happy dan saya minta maaf sebab tak kenalkan awak pada kawan-kawan saya,,Mungkin ada seorang dua,tapi untuk ramai tu,tak ada,,
Maaf ea??

At certain time tu,erah memang sedih sangat-sangat tapi dalam masa yang sama,erah happy sangat-sangat,,Yang happy itulah yang melarikan kesedihan erah,,Yang happy tu berganda pulak happy nya bila adanya 'orang tu',,Erah bersyukur sangat sebab adanya awak,,Entahlah,saya geli hati pun ada,and even selalu soalan ne bermain di kepala saya,
"Kenapa awak pilih saya??"

Hurm,mungkin sebab saya tak perasan awak kat situ and mungkin sebab awak sengaja buat tak tahu,,huhu,,Kalaulah awak baca ne,hurm,tak tahulah saya,,
hehe,,

Erah pun minta maaf banyak-banyak sekali lagi buat kawan-kawan kat UDM,,Erah ada sebab tersendiri untuk tidak memberitahu kat mana erah berada after erah keluar ne,,Ramai yang tanya,,
"Bila daftar kat UiTM??"
Itu erah boleh jawab lagi tapi kalau dah meleret sampai,,
"UiTM mana?"
Erah boleh katakan kat sini,,Ya,erah keluar dari UDM dan masuk universiti lain,,Siapa-siapa je boleh teka kat mana erah berada sebab erah bukan malas nak beritahu tapi bila seorang tahu,berita tu akan sampai pada orang yang erah tak nak tahu langsung!So,buat yang terasa kecil hati sangat dengan erah sebab erah tak beritahu tu,mintak maaf banyak-banyak,,
I've got my own reason,,

Dan sesiapa sahaja yang tanya pasal erah,erah boleh katakan yang erah keluar dari UDM bukan sebab pointer,bukan sebab sesiapa tetapi sebab erah ada alasan tersendiri,,Terpulanglah pada yang meneka dan mengata,,Erah akan daftar pada 27 ne sama macam orang lain yang akan masuk semula U nanti,,UiTM ke,Open U ke,KLMU ke,itu erah serah pada orang yang meneka,,
MAAF YANG AMAT!

Rasa Cuak Membuak-buak!

Salam + Ahnyeong
^_______^

Hari ini dah masuk hari keberapa dah setelah result dari UDM belum dipaparkan lagi,,Semua member-member erah dari pelbagai universiti inform yang diorang dah dapat result mereka even paling awal dapat 2-3 weeks after exam,,Gile ar!!,,

UDM punya result bila pulak mahu dikeluarkan??Geram pun ada,rileks pun ada,,
hehehe,,
:P

Bukan apa,ramai student yang akan open portal nanti,,Dan dalam gamat tu jugaklah nak settle down benda-benda lain seperti bayar yuran dan sebagainya,,

Takut-takut nanti jadi balik macam dulu,server down je,,
Erah tak nak lah cakap lebih-lebih sebab nanti ada yang cakap erah ne memandai je and mentang-mentang lah dah keluar,ada hati nak cakap pasal UDM lagi,,

Tak kisahlah,,Yang pasti hanya family,erah dan diri erah yang tahu apa sebenarnya yang berlaku,,
^____________^

Saman yang membawa kesedihan,,

Salam + Ahnyeong
^_____^

Hari ne erah nak bercerita suatu kisah yang menakjubkan,,hua3,,Namanya memang sesuai sangat dengan tajuknya yang agak 'mencapab' dan teruja,,

Hari ini erah dan eja (my lil sis) keluar pergi bandaraya jalan-jalan,,Bukan setakat jalan-jalan je malah b'shopping mata dan untuk kekenyangan perut sekali,,kui3,,
^O^,,

Actually today's story menyedihkan erah dan sadly yang erah tak sampai hati nak tulis dalam diari simpanan erah,,At 10 a.m. tadi erah dan eja pergi ke Bandaraya untuk selesaikan somehting,,Dalam masa yang sama,ramai pulak orang duk berkerumun di sekeliling bandaraya Terengganu ne,,Al-maklumlah,musim public holiday yang dah menuju endingnya tak lama lagi,,

Kitorang nak pergi ke Pejabat Yayasan Terengganu untuk menyelesaikan something,,Punyalah susah nak mencari parking kereta kelisa erah ne,,Dari Jalan Sultan Ismail tu,erah parking lah kat Jalan Tok Lam,,Jauh pun,jauhlah,,Asalkan ada parking,,Erah suruh eja masukkan coin dalam mesin parking kereta tu,,Then,erah suruh eja cuma masukkan 2o cent je,,Ingatkanlah nak cepat,,Eja pulak dengan lurusnya,masuk 20 cent tu jela,,

Nak dijadikan cerita,kat pejabat YT tu erah menangis sebab bukan kerana erah tak dapat duit,tapi erah sedih sebab rupa-rupanya Papa dah pernah buat benda yang sama kat erah masa erah masuk UDM dulu,,Dia yang settle semuanya dan honestly erah tak tahu pun apa yang papa buat sampailah dapat tahu info tu tadi,,Memang menangis bagai nak rak jugaklah,,Eja tengok je,nak buat macam mana,dia adik,tak tahu nak buat apa,,

Erah kawal jugak sampailah ke kereta balik,tengok-tengok ada pulak saman dari pihak Bandaraya! Erah langsung tak terkejut masa tu,,Erah terus ambil telefon erah and nak call someone,,Dalam hati erah masa tu duk bunyilah,,
"Papa kan ada,mesti dia tahu nak handle macam mana,,"

Sedar-sedar balik,SUBHANALLAH! MASYA-ALLAH! Papa kan dah tak ada,,Keluar lagilah airmata erah ne,,Erah suruh eja call mama,inform pasal tu,,Erah sampai tak boleh nak cakap apa-apa,,And eja pulak,dengan lurusnya beritahu benda lain,,Erah marah dia masa tu,,Hanya Tuhan yang tahu macam mana perasaan erah masa tu,,Sedih tak terhingga,,2 kali sedih sebab papa,,

Ya,memang kalau arwah papa masih hidup,papa akan buat semuanya,,Even borang or bills,dia yang uruskan,,Kalau pasal anak-anak,semua papa uruskan,,Anak-anak dia cuma sign je kat tempat yang dia tanda untuk anak-anak yang punya,,Kadang-kadang kalau masalah se'simple'
"Kat mana Jalan 'X' ne pa?"
"Berapa agaknya kena bayar nanti pa?"
"Kalau bawak kereta tu jauh berapa kilo (km)?"
"Pa,yang 'X' ne maksud dia apa?"
or even
"Pa boleh tolong beli topup dop?"

Semua benda yang sekecil tu,kami adik-beradik gantung sangat-sangat kat arwah papa,,Semua yang bagi orang simple,yang itulah dia buat,,And yang buat erah lagi sedih dan menangisnya bila papa tak pernah ungkit satu pun kebaikan yang dia buat,,Dia rasakan dia perlu buat sebab dia ketua keluarga dan semua perkara dan masalah keluarga,semuanya bergantung pada dia,,

That's why bila papa dah gone,kami sekeluarga dah lost 1 of the most perfect golden man in our big family,,Even anak-beranak sebelah mama pun respect gila kat dia yang tak pentingkan langsung harta keduniaan,,Erah suka cara papa yang nampak smart and fashionable with his odour look and personality on his outside and reality kat rumah,dialah yang selalu suruh kami satu family pergi solat bila masuk waktu je,,Dan dialah orang pertama yang selalu sampai ke surau di rumah and dialah orang yang mengingatkan kami tentang agama@akhirat sana,,

Siapa tak sedih bila in reality,dia yang disayangi dah tiada??Arwah papa memang buat erah terkenang-kenang sentiasa,,Mana taknya,anak paling last yang dapat tatap wajah dia before dia tiada,,Anak paling last bersamanya di saat memori bahagianya,,Erah memang rasa takut,sedih dan macam-macam perasaan bercampur tapi erah terima takdir kehilangannya cuma terkilan bak kata mama sendiri,,
"Kalau papa sakit masa di hujung nyawanya dan mama jaganya cuma semalaman dah cukup,,mama rasa boleh terima sikit,tapi papa tak ada sakit langsung,,Tak ada pun dia tunjuk yang dia sakit mana-mana,,"

Erah sedih sebab inilah,,Sebab terkilan je,,Papa siap plannning for future and for the sake of his family,,And dia even plan nak jaga mama masa sakitnya,nak pergi umrahnya,,Mana tak sedih dengan kehilangannya??

Apa-apa pun,hari ini erah rasa erah dah rasa yang amat sedihnya sebab papa,,All things that papa did to me is miraculously great,,And erah nak mintak maaf kat eja sebab erah banyak tengking dia today,,Forgive me sis!
T___________T

Saturday, December 19, 2009

Been Emo for 2 times S............


Salam + Ahnyeong,,

Hari ne erah tak berapa nak ada mood untuk memulakan kata-kata,,Susah nak cakap perkara yang dah terjadi pada kita bila benda tu amat sedih untuk diluahkan,,

Sedih + Sakit hati,,

Dua-dua mood ne ada pada erah sekarang,,Dalam tangisan ne erah cuba tahan,,Erah sedih bukan disebabkan ingatan pada arwah papa,dan bukan kata erah tak sedih bila lost papa,tapi yang membuatkan hati erah jadi sedih sebab mama,,Mama makin sedey ari ne dengan mood yang tak berapa baek jugak,,Kesihatan mama makin terganggu sejak dua menjak ne,,Tambah pulak dengan kursus dan mesyuarat sama ada di dalam mahupun di luar sekolah,,

Demi rezeki untuk anak-anak mama,mama tolak ketepi kesihatannya dan teruskan jua semua perkara,,Ma,erah sedey sangat tengok mama yang umpama 'sihat' di luar tapi sakit di dalam,,
You are the strongest person I ever seen,Ma,,

Ma tahu tak,setiapkali mama mengadu,menahan kesakitan mama dan erah urut mama,dalam diam erah menitiskan airmata dan sentiasa berdoa,,

"Sembuhkanlah satu-satunya Ibuku,Ya Allah!"

"Kau kuatkanlah semangat Ibuku dalam mengharungi segalanya,Ya Allah!"

"Ringankanlah beban Ibuku dengan meletakkan separuh bebanannya padaku Ya Allah! Aku tidak sanggup melihat derita Ibuku"

Lagi sedih bila mama kata,
"After erah takde kat rumah,dah masuk U nanti,sape la pulak nak urut mama??"
I even cry harder,Ma,,You means a lot to me,,Bila mama cakap camtu,erah lagi berat nak pergi,,Macam erah akan tinggalkan mama lama sangat after this,,


Ma,you mean everything to me and our family,,Please hold on for me,,Please hold on till I get job and my money paid to give to you,,Please hold it on till I get married and have kids to shown to you,,Please hold it,Ma,,Please be there for me,Ma,,I'm begging you,PLEASE,,
T_________T

Erah tahu mama hadapi banyak hal today,especially when Uncle's came early evening,,He became more sadden when he saw us and you,,Show us that crying in front of you,,Mama tahan je sampai akhir,,But I know,deep inside,mama nangis,,How can't I be more sad and mad about this??Macam manalah erah tak sakit hati bila tengok mama sedih lagi,,I,me either sedih sangat dengan that lost and we all have 'lost' you,Ma,,'Lost' that smile and talks,,

Ma,whatever happens,erah akan still di sini,,From the bottom of my heart,you are still inside,,Erah akan ikut dan dengar kata-kata mama,,Erah akan buat paling the best untuk mama,,Erah nak bina hidup erah sendiri yang ada family kita terutamanya mama,,


Ma,I will always Love You......

Tuesday, December 8, 2009

Busy?? Stress?? Makan??

Salam + Ahnyeong ha seyo
안녕하세요
^_____^

Hari ini sama macam semalam gak,,Terasa penat tu sememangnya lah kerana memang patut pun,,hahaha,,Yelah,dah duduk rumah ne makin 'menebal' je badan ne,dengan chubby yang 'terlebih',macam manalah nak turun nanti,,Bak kata kakakku sendiri,,
"Badan senang naik tapi susah turun cik kak,,"
Sindirnya pada suatu hari,,Tamba
hnya lagi,
"Hidup makan,minum,tido,bilalah badan akan turun macam aku,,kui3,,"
Ha,tahupun kat mana dia berada,,hehehe,,

Erah rasalah (cuma rasa ea??) nanti bila duduk jauh dengan rumah dan family ne baru erah akan turun berat badan,,Susah kalau duduk kat ruma
h je,,Yelah,kat rumah itulah erah akan cari makan dengan pandainya,,ahaks2,,

Macam kat matrik dulu,erah boleh turun sampai 13kg! Agak dahsyat dan agak tak percaya jugak masa tu,,Bila kawan suruh timbang on that one fine day kat matrik,terasa malas sangat,,Rasa macam erah berat sangat,,Sekali,kawan tarik terus tengok penimbang,,
"Mak aih!!Ko tipu ke apa ne??Kate laen,timbang la
en,,'Busy' benor ko sampai tak 'tertimbang' berat sendiri ok je ne,,"
Kata kawanku yang dalam masa yang sama menyindirku
,,Geram jugak kat mulut dia tu,,Cakap tak berhenti tapi point yang dia tujukan kat erah tu macam agak bagus je dengarnya,,Hahahah
^O^


Memang kerana kesibukan (ceh,macamlah dah bekerja,,) dan berada jauh dari family membuatkan erah tak ingat sangat untuk makan banyak,,Makanan memang banyak tapi erah rasa erah makan sekali banyak je dan bukan on time sangat,,kui3,,Rasanya stress sama naek dengan makanan kot,tu yang tak berapa join sangat nak makan bila dah duduk jauh ne,,

:: Harap-harap erah tak busy sangat macam Taeyang dan Seungri ne sampai mencebik je mulut diorang,, ::



:: Uish,mintak jauhlah bila dah naik tension or stress sangat macam TOP ne,, ::



Memang bila sibuk tu,erah akan makan banyak,tapi purata dan peratusan (eceh,dia buat lagi daa,,) rakan-rakan erah beritahu yang erah ne akan makan banyak time pagi je dan lunch memang erah skip,,Tu
Sandy,Atin dan Etan (KMP) yang cakap,,Eh2,erah tak perasan pulak pasal tu,,Bak kata orang,,
"When you have more time to focus in something,you will never notice the thing that you might always do before have been skipped,,"

Wah,Bermadah betullah,,tapi macam dalam gambar kat bawah lar,,


:: Untuk hilangkan stress ada baiknya bila kita makan buah,, ::


:: Dan ada baiknya makan sayur,,hehe,, ::

Selamat Ber'
BUSY' la pada kawan-kawna semua ye??kui3,,
(^,^)

Monday, December 7, 2009

Cip Memori Terakhir.....

Just nak tunjuk picture yang baru-baru ne,,Kang tak tunjuk Biha terasa pulak,,Hahah,,Sorry Biha,,

:: Dak chubby dan Biha sedang men'chubby'kan rupanya ::


:: Rupanya elok je muka dia lepas ambik gambar ne,, ::



~~Time Aqiqah 'semek kecik' or nama diberi Aina Asyifa~~

:: Dia tidur je sepanjang perjalanan cukur jambul dia,,naek geram rasa di hati,, ::



~~ Gaya tidur yang cukup puas (semalam pukul 8 pm)

:: Kata orang budak yang tidur macam tu orangnya jenis healthy wealthy,,::

:: Nikmatnya tidurku... Tidur budak bijak ke saya?? ::

Kenangan??

Salam + Ahnyeong^^
안녕하세요

Kali ini erah nak cerita apa ea??Tak ada cerita lah just nak mencatat serba sedikit memori ketika berada di Universiti Darul Iman Malaysia or lebih dikenali sebagai UDM,,

Alhamdulillah erah sempat jugaklah mendapat ilmu pengetahuan tentang Sains Komputer selama 3 Semester ataupun kira-kira 1 tahun setengah,,Banyak yang erah tak faham boleh jadi faham dan ada yang memang tak fah lagi jadi tak faham,,Eh2,macam mana tu??Ekekek,,

Memang best belajar tentang Sains Komputer ne,Lebih-lebih lagi ada coursemate(Classmate semuanya sebab satu kelas saja,,) and even roomate sendiri yang jenis open and easy going,,Sesiapa sahajalah yang termasuk dalam senarai yang tiada namelist erah ne,,Erah ucapkan berbanyak-banyak
TERIMA KASIH

Sama ada yang baek dengan erah,yang close,yang kureng,or yang terlebih 'dos',terima kasih sekali lagi,,Especially buat Kak Eyja,Zarith dan Norul (roomate for a year),terima kasih kerana memahami erah selama ini dan kerana banyak memberi sokongan terutamanya bila erah 'lost' Papa lebih kurang sebulan setengah,,

Buat yang tak rapat atau terasa erah tak rapat dengan korang,erah nak mintak maaf banyak-banyak,,Bukan erah memilih dari sudut harta atau rupa tetapi erah memang selesa berseorangan sejak dulu lagi,,Kalau nak bukti sekalipun boleh tanya pada Kak Eyja, Zarith dan Norul,,Memang erah macam tu dan untuk close dengan erah tu mudah saja cuma orang tak tahu dan tak ambil tahu,,Erah tak salahkan sesiapa ea?? Erah tak kisah sangat hal ini memandangkan erah dah biasa,,

Buat yang terasa hati sebab erah buat jahat or tak tegur tu,erah mintak maaf banyak-banyak,,Bukan apa,kalau rapat dengan awak,awak akan fikir laen dan kalu tak rapat,saya jugak yang kena,,Macam budak-budak je,,So,MUHASABAHlah diri awak tu setakat mana awak berada dan kenapa awak terasa hati dengan saya,saya tak tahu,,

Sekali lagi mohon maaf buat yang terasa kepedasan mulut erah ne,,Study hard and study smart la untuk kamu semua,,Harapnya lecturer akan beri 'tumpuan' pada anda terutamanya si 'ladies',,
Terima kasih sekali lagi,,

"Sedetik Kenangan Seribu Kemesraan"

Wassalam,,