Wednesday, December 23, 2009

Saman yang membawa kesedihan,,

Salam + Ahnyeong
^_____^

Hari ne erah nak bercerita suatu kisah yang menakjubkan,,hua3,,Namanya memang sesuai sangat dengan tajuknya yang agak 'mencapab' dan teruja,,

Hari ini erah dan eja (my lil sis) keluar pergi bandaraya jalan-jalan,,Bukan setakat jalan-jalan je malah b'shopping mata dan untuk kekenyangan perut sekali,,kui3,,
^O^,,

Actually today's story menyedihkan erah dan sadly yang erah tak sampai hati nak tulis dalam diari simpanan erah,,At 10 a.m. tadi erah dan eja pergi ke Bandaraya untuk selesaikan somehting,,Dalam masa yang sama,ramai pulak orang duk berkerumun di sekeliling bandaraya Terengganu ne,,Al-maklumlah,musim public holiday yang dah menuju endingnya tak lama lagi,,

Kitorang nak pergi ke Pejabat Yayasan Terengganu untuk menyelesaikan something,,Punyalah susah nak mencari parking kereta kelisa erah ne,,Dari Jalan Sultan Ismail tu,erah parking lah kat Jalan Tok Lam,,Jauh pun,jauhlah,,Asalkan ada parking,,Erah suruh eja masukkan coin dalam mesin parking kereta tu,,Then,erah suruh eja cuma masukkan 2o cent je,,Ingatkanlah nak cepat,,Eja pulak dengan lurusnya,masuk 20 cent tu jela,,

Nak dijadikan cerita,kat pejabat YT tu erah menangis sebab bukan kerana erah tak dapat duit,tapi erah sedih sebab rupa-rupanya Papa dah pernah buat benda yang sama kat erah masa erah masuk UDM dulu,,Dia yang settle semuanya dan honestly erah tak tahu pun apa yang papa buat sampailah dapat tahu info tu tadi,,Memang menangis bagai nak rak jugaklah,,Eja tengok je,nak buat macam mana,dia adik,tak tahu nak buat apa,,

Erah kawal jugak sampailah ke kereta balik,tengok-tengok ada pulak saman dari pihak Bandaraya! Erah langsung tak terkejut masa tu,,Erah terus ambil telefon erah and nak call someone,,Dalam hati erah masa tu duk bunyilah,,
"Papa kan ada,mesti dia tahu nak handle macam mana,,"

Sedar-sedar balik,SUBHANALLAH! MASYA-ALLAH! Papa kan dah tak ada,,Keluar lagilah airmata erah ne,,Erah suruh eja call mama,inform pasal tu,,Erah sampai tak boleh nak cakap apa-apa,,And eja pulak,dengan lurusnya beritahu benda lain,,Erah marah dia masa tu,,Hanya Tuhan yang tahu macam mana perasaan erah masa tu,,Sedih tak terhingga,,2 kali sedih sebab papa,,

Ya,memang kalau arwah papa masih hidup,papa akan buat semuanya,,Even borang or bills,dia yang uruskan,,Kalau pasal anak-anak,semua papa uruskan,,Anak-anak dia cuma sign je kat tempat yang dia tanda untuk anak-anak yang punya,,Kadang-kadang kalau masalah se'simple'
"Kat mana Jalan 'X' ne pa?"
"Berapa agaknya kena bayar nanti pa?"
"Kalau bawak kereta tu jauh berapa kilo (km)?"
"Pa,yang 'X' ne maksud dia apa?"
or even
"Pa boleh tolong beli topup dop?"

Semua benda yang sekecil tu,kami adik-beradik gantung sangat-sangat kat arwah papa,,Semua yang bagi orang simple,yang itulah dia buat,,And yang buat erah lagi sedih dan menangisnya bila papa tak pernah ungkit satu pun kebaikan yang dia buat,,Dia rasakan dia perlu buat sebab dia ketua keluarga dan semua perkara dan masalah keluarga,semuanya bergantung pada dia,,

That's why bila papa dah gone,kami sekeluarga dah lost 1 of the most perfect golden man in our big family,,Even anak-beranak sebelah mama pun respect gila kat dia yang tak pentingkan langsung harta keduniaan,,Erah suka cara papa yang nampak smart and fashionable with his odour look and personality on his outside and reality kat rumah,dialah yang selalu suruh kami satu family pergi solat bila masuk waktu je,,Dan dialah orang pertama yang selalu sampai ke surau di rumah and dialah orang yang mengingatkan kami tentang agama@akhirat sana,,

Siapa tak sedih bila in reality,dia yang disayangi dah tiada??Arwah papa memang buat erah terkenang-kenang sentiasa,,Mana taknya,anak paling last yang dapat tatap wajah dia before dia tiada,,Anak paling last bersamanya di saat memori bahagianya,,Erah memang rasa takut,sedih dan macam-macam perasaan bercampur tapi erah terima takdir kehilangannya cuma terkilan bak kata mama sendiri,,
"Kalau papa sakit masa di hujung nyawanya dan mama jaganya cuma semalaman dah cukup,,mama rasa boleh terima sikit,tapi papa tak ada sakit langsung,,Tak ada pun dia tunjuk yang dia sakit mana-mana,,"

Erah sedih sebab inilah,,Sebab terkilan je,,Papa siap plannning for future and for the sake of his family,,And dia even plan nak jaga mama masa sakitnya,nak pergi umrahnya,,Mana tak sedih dengan kehilangannya??

Apa-apa pun,hari ini erah rasa erah dah rasa yang amat sedihnya sebab papa,,All things that papa did to me is miraculously great,,And erah nak mintak maaf kat eja sebab erah banyak tengking dia today,,Forgive me sis!
T___________T

No comments:

Post a Comment