Friday, January 8, 2010

&*#!@!_@*....Pening ke??

sorry la buat yang terasa dengan entry ini,,bukan apa,,just nak cakap-cakap,,Hurm,,

Apakah perasaan anda pabila ada orang yang suka 'mengintai' anda dari jauh??Maksud erah ialah,bila ada orang psycho yang bak menunggu masa untuk memakan mangsanya,,

Bukan apa,kadang-kadang dalam fikiran erah ni terfikir jugak,apa gunanya dia post kat blog sendiri yang mengatakan bahawa dia dah jumpa 'someone' yang dia cari-cari and even post yang mana post itu sendiri 'memakan' diri sendiri,,

Tak pernah terfikir ke bahawa cara dia itu BODOH and even GILA???
hurm,,
Cakap pun tak gunalah,,Memang macam tu rupanya perangai orang GILA dan PSYCHOTIC ni,,Ada sedikit mereng dalam otak dan mungkin banyak dah 'fius-fius' yang dah rosak,jadi tak boleh nak tukar laen,,

Buat awak,saya tahu awak baca blog saya ni,,Saya takkan suruh awak sedar diri atau something yang seangkatan dengannya sebab sampai bila-bila pun awak takkan sedar diri sehingga saya kata'YES' kat awak,,Cuma awak bacalah ni ea??Baca sampai puas,baca sampai habis dan baca sampai awak boleh printscreen balik saya punya post ni dan inform kt kawan-kawan'maya' awak tu,,

Tengok ni,saya nak mula ni,,

Awak tahu tak solat fardhu 5 waktu sehari semalam?Awak tahu tak makna setiap solat yang dikerjakan??Awak tahu tak puasa yang menyebabkan kita sendiri gugurnya airmata kerana nikmat puasanya dan awak tahu tak pahala dan dosa kita berada di tahap mana??

Saya takkan cakap mungkin sebab saya tahu awak suka menjawab dan tak boleh lebih dari orang lain,sebab tu awak akan kata,
"TAK KISAHLAH"

Awak baru tengok kan?Tu baru permulaan,,Dan awak tahu tak permulaan permainan awak terhadap perasaan orang itu sudah jatuh pada DOSA?Biarpun fizikal awak yang ______ lain dari yang lain,tapi apabila seseorang mempermainkan orang lain dalam erti kata lain menyimpan,menghasut,membuli dan seangkatan dengannya (dalam semua sudut dari segi perkataan,lidah,NIAT dan so on,,) sudah membolehkan kita masuk neraka???

Mungkin awak tak tahu (ya,awak akan jawab,"saya dah tahu") bahawa apabila orang yang DIPERMAINKAN itu sendiri tidak menghalalkan segala perbuatan kita terhadapnya,maka dengan ini segala DOSANYA kita yang akan ambil dan segala PAHALA KITA akan diberinya,,

Ada awak baca al-quran tak?Mesti jarang kan?Cuba awak baca Surah Yassin dan maksudnya kembali (saya tak suruh awak buat even awak akan buat lepas ni,,) dan awak bacalah dalam keadaan BERSIH yakni dalam keadaan berwudhuk dan ISTIQAMAH,,Nescaya awak akan percaya setiap bait-bait kata dalam surah tersebut (even saya tahu yang awak akan cakap,"Saya dah tahu dan selalu baca),,

Setiap manusia di atas muka bumi ini sama,,Ya,ALLAH S.W.T sendiri yang berfirman,,Tetapi jangan sebab ini dijadikan sandaran buat awak yang ___________ untuk melakukan sesuatu di luar kawalan yakni tidak mengikut KEMAMPUAN dan KEMAHUAN demi KEPENTINGAN diri sendiri,,Awak tahu tak yang kaum ADAM ini lebih besar tanggungjawabnya dari kaum HAWA??Dan awak sedar tak betapa susahnya kaum ADAM untuk masuk syurga? Saya tak kata yang saya akan masuk syurga (WALLAHUALAM....) akan tetapi diri awak sebagai seorang lelaki yang ___________,awak sedar tak KEMAHUAN awak melebihi KEMAMPUAN awak sebagai seorang lelaki??

Ya,saya tahu awak akan cakap,
"Saya faham dan saya tahu kekurangan diri saya ni"

Tetapi awak tahu tak,sedangkan lelaki yang ingin berkahwin itu perlunya ada KEMAMPUAN diri sendiri atas KEHENDAK atau KEMAHUAN dirinya dan bertindak mengikut rangsangan akalnya? (saya faham,awak akan cakap,"Saya dah tahu lah!",Mungkin sedikit marah sebab semua benda saya cakap awak faham,,)

DOSA dan PAHALA kita memang tak nampak tapi jangan disebabkan perkara kecil pun kita 'kena',,Satu lagi awak mesti tahu perkataan ni,"MENJAGA TEPI KAIN ORANG"

Saya tahu,awak akan cakap,,
"Nak sindir akulah tu,nak kata benda bukan-bukan,"
or
"Aku TAK KESAH pe orang nak cakap"

Tapi saya faham bila awak cakap macam tu sebab awak pun tergolong dalam kategori yang sama,,Cuma awak lebih dari perempuan sikit sebab awak __________ siap pasang telinga lagi dan apa yang awak dengar tu jugaklah awak inform pada orang,,Hai,berapa banyak nak tambah dosa lagi ni?Rasanya awak tak cukup lagi kot?Yelah,sebab tak ada CERMIN untuk MUHASABAH DIRI dan _________ diri sendiri,,Hurm,susah jugak awak ni ea??

Tapi tak mengapa,sebab saya tahu awak kan jenis TAK KISAH,kenapa awak nak kisahkan dengan apa yang orang cakap kat awak kan??Even saya post ni,mestilah awak TAK KISAH jugak kan??Tapi,kalau awak inform jugak kat orang or even printscreen yang saya punya ni kat blog awak tu,nak dikira tak kisah jugak ke???Hurm,kenapa awak nak rasa hati pulak ea??Pelik saya,macam ______________ je orangnya,,Sekali cakap TAK KISAH tapi sekali lagi tunggang terbalik pulak,,Kelakar awak punya tabiat ni,macam saya punya ____________ je,,

Before saya end up saya punya post ni,saya nak cakap banyak lagi tapi tak ada masa pulak,,Memandangkan awak tahu diri awak sebenarnya or maybe awak tahu tapi buat-buat tak tahu,,

Saya cuma nak ingatkan awak,hidup kita tak lama atas dunia ni,Dari hidup kacau-bilau dan kacau-bilaukan rumahtangga orang,baiklah kita fikir-fikirkan dan tengok balik apa kita punya kelemahan,,Jangan tanya diri sendiri "Apa salah aku?" tapi tanyalah diri sendiri dengan,"Berapa banyak dosa sudah ku buat??"

Tak pun awak tanya budak kelas especially perempuan sebab diorang amat 'pakar' tentang awak,,(saya tahu,awak mesti takkan buat yang ini punya! Kalau buat pun sebab awak rasa t'igat2 apa yang saya cakap ni dan terasa sakit je) macam mana diri awak yang sebenarnya,,Jangan lupa,sediakan tisu sebelum bertanya,,

Satu lagi awak,saya tak kisah awak selidik saya sampai ke lubang cacing tanah pun,,Sebab saya tahu saya berhak ke arah mana dan saya tak mahu ianya makan diri saya sendiri dari duduk memikirkan kenapa saya kena kacau dengan orang abnormal macam awak selalu,,Sebab tak ada gunanya jugak,,Kita akan menuju ke jalan yang sama nanti dan saya,sampai bila-bila pun tak kisah awak buat macam mana sebab awak memang sejak azali macam tu dan hanya awak yang mampu ubahkan diri awak yang suka bermimpi kosong tu,,
SEDAR-SEDAR lah ya?Tak 'lama' dah,,Nama awak pun dah ada pada lawyer dan polis baru-baru ni,,Hehe,,Mesti awak suka kan???Naik nama tu,,

Hurm,apa-apa pun,nanti saya post kan lagi dengan lebih jelas tentang hukum-hakam ni,,Saya kena tanya lawyer saya dulu,,Terima kasih awak sebab awak baca jugak sampai habis dengan bermacam-macam perasaan (saya tahu,mungkin awak nak anta msg pasne or inform kat orang pasne,,Tak apa,buatlah,,)

No comments:

Post a Comment